Pendaftaran SSM Percuma 2021.
Peluang khas disediakan untuk golongan belia dan B40 yang masih belajar untuk mendaftar perniagaan mereka dengan SSM percuma untuk tahun 2021.
Pendaftaran perniagaan percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) merupakan tawaran di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Anda berminat?
Jom teruskan bersama Thesumber dimana artikel kami hari ini Pendaftaran SSM Percuma 2021 Online Untuk Pelajar (SPPP SSM) kami sediakan khas buat para pelajar dan golongan B40 yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan mendaftar dengan SSM secara percuma.
Isi Kandungan
Pendaftaran SSM Percuma 2021 Online Untuk Pelajar (SPPP SSM)
Untuk makluman anda, seramai 9,492 golongan B40 dan pelajar IPT telah mendaftar perniagaan mereka dengan SSM.
Tempoh pelaksanaan skim ini tertakluk kepada sehingga peruntukan geran habis digunakan dan diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan.
Berikut kami kongsikan syarat-syarat permohonan untuk semakan anda:
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Syarat permohonan mengikut kategori adalah seperti berikut:
SYARAT PERMOHONAN PELAJAR IPT SEPENUH MASA
- Pemegang MyKad/MyPR.
- Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.
- Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara.
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
SYARAT PERMOHONAN GOLONGAN B40
- Pemegang MyKad/MyPR.
- Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.
- Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/).
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
CARA DAFTAR SSM PERCUMA UNTUK PELAJAR & GOLONGAN B40 ONLINE
Mereka yang menepati kelayakan permohonan di atas boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:
- Pemohon perlu layari: PORTAL RASMI EZBIZ SSM
- Untuk pemohon baharu, klik pada ‘Sign Up’ dan isi semua butiran pendaftaran kemudian klik ‘Save’
- Log masuk dengan memasukkan username dan kata laluan yang anda daftarkan tadi.
- Isi maklumat diri dan perniagaan yang diminta dengan lengkap dan betul
- Muat naik dokumen-dokumen berikut mengikut kategori permohonan:
- KATEGORI PELAJAR IPT:
- Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang);
- Salinan kad pelajar; dan
- Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.
- KATEGORI GOLONGAN B40:
- Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang).
- Bukti pengesahan menjalankan perniagaan:
– Permohonan bantuan pinjaman/geran perniagaan; atau
– Dokumen berkaitan jual beli produk atau perkhidmatan; atau
– Gambar pemohon bersama premis/tempat/gerai perniagaan bersama pemohon; atau
– Lain-lain dokumen yang berkaitan.
- KATEGORI PELAJAR IPT:
PENGECUALIAN BAYARAN PENDAFTARAN SSM
Untuk makluman pendaftaran SPPP SSM ini melibatkan pengecualian fi pendaftaran perniagaan berikut:
- Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan: RM30 setahun.
- Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred: RM60 setahun.
- Cetakan maklumat: RM10.
Maklumat Lanjut Pendaftaran SSM Percuma 2021
Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran yang berikut:
- Pusat panggilan SSM: 03-77214000
- E-mel pertanyaan ke: [email protected]
Selamat maju jaya kami ucapkan pada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan.
TERIMA KASIH