Permohonan eKasih 2021: Daftar & Semakan

Permohonan eKasih 2021: Daftar & Semakan

Permohonan eKasih Online 2021.

Sistem permohonan eKasih kini telah dibuka buat mereka yang layak untuk memohon.

Tak tahu macam mana nak buat permohonan?

Jangan risau, Thesumber sedia membantu dengan artikel kami hari ini Permohonan eKasih Online 2021: Pendaftaran & Semakan Permohonan.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Apa Itu Portal eKasih?

Sistem eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program atau bantuan yang diterima.

Melalui sistem eKasih ini pengguna boleh mengakses:

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

SENARAI BANTUAN YANG LAYAK DITERIMA (eKASIH)

  • Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021
  • Bantuan iSuri KWSP
  • Bantuan Ibu Tunggal & Warga Emas
  • Bantuan OKU & Bantuan Anak Yatim
  • Bantuan Persekolahan
  • Bantuan Prihatin Nasional(BPN)
  • Permohonan MYTV percuma
  • Bantuan Khas Bakul Makanan JKM

Permohonan eKasih Online 2021: Pendaftaran & Semakan Permohonan

Berikut kami kongsikan dengan anda syarat kelayakan permohonan, cara untuk mendaftar di portal eKasih, cara permohonan etc sebagai rujukan buat mereka yang ingin membuat permohonan:

Read Also :  Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 Secara Online

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN eKASIH

Individu dikira layak untuk membuat permohonan apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

Rujukan PGK semasa adalah seperti berikut mengikut negeri:

Permohonan eKasih Online 2021

NOTA:

Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

CARA DAFTAR/PERMOHONAN eKASIH

Bagi individu yang ingin membuat pendaftaran eKasih, anda perlu merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Anda hanya perlu hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  1. telefon (rujuk senarai di bawah)
  2. surat
  3. e-mel rasmi
  4. membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

NOTA: 

Kepada yang ingin membuat permohonan eKasih, anda perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu:

  • Butiran KIR dan AIR
  • Lokasi
  • Kediaman
  • Pendidikan
  • Kemahiran dan pekerjaan
  • Harta
  • Kesihatan
  • Bantuan
  • Pendapatan

SENARAI NOMBOR TELEFON PPN (DAFTAR eKASIH)

Berikut adalah senarai nombor telefon PPN yang boleh anda hubungi bagi tujuan pendaftaran:

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

Permohonan eKasih Online 2021

Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

Read Also :  5 Langkah Mudah Renew Lesen SSM di BSN 2020

SEMAKAN PERMOHONAN eKASIH

Anda boleh membuat semakan permohonan eKasih ini seperti berikut:

  1. Layari laman web eKasih: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN eKASIH
  2. Masukkan nombor IC pemohon.
  3. Klik pada ‘Klik Untuk Carian’
  4. Status permohonan anda akan dipaparkan.

semakan permohonan ekasih

Maklumat Lanjut Permohonan eKasih Online

Sebarang pertanyaan atau makluman lanjut anda boleh terus hubungi:

PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000.

Pertanyaan melalui e-mel pula boleh dihantar kepada alamat berikut: [email protected]

The surge of online ad spending in 2024. Juan carlos vela saa. Government finds existing intellectual property laws fit for nfts | nft culture | nft news | web3 culture.