Cara Daftar & Semak Dividen Koperasi Tentera.
Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli Koperasi Tentera (KT) anda kini boleh melalui proses pendaftaran hanya secara atas talian.
Semakan dividen Koperasi Tentera ini juga boleh dibuat secara online.
Bagaimana?
Mereka yang berminat boleh terus bersama kami dengan artikel Cara Daftar & Semak Dividen Koperasi Tentera Online 2021.
Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu Koperasi Tentera (KT)?
Untuk makluman anda, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia (KT) adalah koperasi jimat cermat dan pinjam meminjam (thrift & loan) yang ditubuhkan pada 1960.
Koperasi ini menyediakan kemudahan menabung yang terjamin kepada anggota dengan pulangan dan ganjaran menarik.
Kaedah ini diperkenalkan bagi menggalakkan ahli koperasi menguruskan kewangan dengan lebih berhemah menerusi sikap menabung.
Walaupun objektif utama KT adalah untuk menjaga kebajikan anggota ATM, ianya tidak hanya menawarkan keahlian kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia, tetapi juga kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dan pesara ATM.
Ianya selaras dengan visi, misi dan objektif untuk meningkatkan taraf hidup ahli, KT menawarkan produk dan perkhidmatan berkaitan kewangan.
Cara Daftar & Semak Dividen Koperasi Tentera Online 2021
Antara produk-produk lain yang disediakan di dalam Koperasi Tentera adalah seperti berikut:
- Pinjaman Koperasi Tentera (Patuh Syariah):
- pembiayaan peribadi berpenjamin dan tanpa penjamin, pembiayaan ekspres, pembiayaan yuran KT, dan pembiayaan takaful dan cukai jalan.
- Skim Takaful Koperasi Tentera:
- Menawarkan Skim Takaful Berkelompok ATM, Skim Medic KT, perlindungan takaful kenderaan dan takaful am.
- Pembiayaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau SME
- Pajak Gadai Ar Rahnu Koperasi Tentera:
- Ar-Rahnu Prihatin membenarkan pinjaman sehingga RM5,000
- Ar-Rahnu Prima membenarkan pinjaman sehingga RM100,00
Mereka yang berminat boleh mula mendaftar dengan mengikuti cara-cara di bawah:
CARA DAFTAR AHLI KOPERASI TENTERA ONLINE
- Pengguna perlu layari link berikut untuk ‘Pendaftaran Kali Pertama‘: PORTAL KOPERASI TENTERA
- Pilih jenis pengenalan samada Tentera ID/Nombor kad pengenalan/Nombor passport
- Klik setuju terma dan syarat dan klik butang teruskan
- Klik ‘Hantar OTP’ dan OTP anda akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas ( SMS)
- Masukan ID pengguna dan cipta kata laluan baharu.
- Pilih imej dan frasa keselamatan akaun anda dan jawab soalan keselamatan yang diberi.
Dah selesai!
Macam mana nak semak dividen koperasi tentera pula?
Jom rujuk cara di bawah:
CARA SEMAK DIVIDEN KOPERASI TENTERA ONLINE
- Pengguna perlu layari link berikut untuk membuat semakan: PORTAL KOPERASI TENTERA
- Masukkan ID pengguna dan klik ‘Teruskan’
- Sahkan ID pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan kemudian klik ‘Login’
- Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda
- Klik pada menu nombor akaun anda
- Anda akan dapat melihat transaksi dan baki terkini akaun anda
- Jika dividen telah disalurkan, ianya akan dicatat pada bahagian transaksi
PEMBAYARAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA 2021
- Dividen Koperasi Tentera bagi tahun 2021 adalah sebanyak 7.5%
Anda juga boleh mendaftar dan semak dividen koperasi tentera ini melalui aplikasi yang perlu di muat turun di telefon pintar anda:
Melalui aplikasi ini ahli boleh menyemak baki akaun, melalukan transaksi pindahan wang, dan juga pembayaran atas talian untuk akaun pembiayaan dan takaful.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan di atas anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran yang berikut:
- Alamat: No 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
- Hotline: 1-300-8000-58
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH