TUNS PLUS 2021: Pinjaman Usahawan Mikro Negeri Sembilan

TUNS PLUS 2021: Pinjaman Usahawan Mikro Negeri Sembilan

TUNS PLUS 2021.

Usahawan mikro Negeri Sembilan khususnya yang memerlukan dana perniagaan untuk meneruskan perniagaan anda pada musim PKP ini boleh memohon pinjaman tanpa faedah iaitu Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) Plus.

Kerajaan Negeri Sembilan menyediakan inisiatif ini bagi menggalakkan lagi aktiviti perniagaan melalui akses pembiayaan dengan lebih mudah dan fleksibel selain terus membangunkan usahawan mikro di Negeri Sembilan.

Usahawan yang berminat boleh rujuk artikel Thesumber hari ini TUNS PLUS 2021: Pinjaman Usahawan Mikro Negeri Sembilan RM15,000 untuk membuat permohonan pinjaman perniagaan sehingga RM15,000.

Menarik bukan?

Jom teruskan membaca!

Apa Itu TUNS PLUS 2021 (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan)?

Untuk makluman anda, TUNS Plus adalah penambahbaikan inisiatif TUNS yang dimulakan sejak 2019 oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan peruntukan sebanyak sebanyak RM3 juta yang mensasarkan untuk membiayai sekitar 200 usahawan mikro di negeri tersebut.

JENIS PERNIAGAAN YANG LAYAK MEMOHON

Hampir semua jenis perniagaan layak memohon pinjaman perniagaan TUNS PLUS 2021 ini KECUALI:

  1. Institusi kewangan.
  2. Perkhidmatan insurans.
  3. Pembekalan tenaga kerja.
  4. Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing (MLM).
  5. Perniagaan yang salah di sisi undang-undang.
  6. Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain.

Nilai maksimum pembiayaan TUNS PLUS yang diberikan kepada usahawan yang layak adalah sehingga RM15,000.

Read Also :  Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

TUNS PLUS 2021: Pinjaman Usahawan Mikro Negeri Sembilan

TUNS PLUS 2021: Pinjaman Usahawan Mikro Negeri Sembilan RM15,000

Berikut kami kongsikan pula syarat permohonan dan cara permohonan buat rujukan anda:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN TUNS PLUS 2021

Syarat-syarat kelayakan yang perlu anda penuhi sebelum layak memohon pinjaman ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia, namun begitu keutamaan adalah diberikan kepada anak Negeri Sembilan;
  2. Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)/ Sijil Amalan Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf, masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah beroperasi selama tempoh 1 tahun sebelum permohonan dibuat.
  3. Mempunyai lesen/permit perniagaan/sijil-sijil perakuan yang diiktiraf dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan;
  4. Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
  5. Mempunyai premis/tapak/lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak.
  6. Berumur di antara 21 hingga 55 tahun (mengambil kira tempoh pembiayaan akan tamat pada 60 tahun).
  7. Memenuhi definisi Mikro (Jualan tahunan kurang daripada RM300,000.00 atau  bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
  8. Mempunyai akaun perniagaan/ syarikat yang sah dan aktif dalam tempoh 6 bulan.
  9. Pemohon tidak berstatus muflis.
  10. Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa; dan
  11. Keutamaan kepada penerima TUNS yang berkelayakan.

CARA PERMOHONAN PINJAMAN TUNS PLUS 2021

Mereka yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  1. Pemohon perlu layari: PORTAL RASMI TUNS PLUS 2021
  2. Klik pada ‘Mohon Sekarang’ dan isi maklumat yang diminta dengan lengkap kemudian klik pada ‘Daftar Butiran Asas’
  3. Anda akan menerima email pengesahan daripada alamat email yang didaftarkan kemudian semak dan klik pada link pengesahan yang dihantar.
  4. Log masuk untuk memohon dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan tadi.
  5. Isi borang permohonan pinjaman TUNS dengan lengkap dan betul. Kemudian muat naik dokumen sokongan permohonan (seperti senarai di bawah)
  6. Pastikan semua dokumen dan maklumat yang diminta lengkap, kemudian anda boleh ‘Hantar Permohonan’
Read Also :  SSM Login: Register SSM & Renew Online 2020

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Sediakan dokumen-dokumen sokongan di bawah untuk dihantar bersama borang permohonan anda:

  1. Salinan kad pengenalan adalah milik pemohon dan jelas;
  2. Gambar formal pemohon berukuran passport.
  3. Salinan lesen/permit perniagaan/sijil-sijil perakuan yang diiktiraf.
  4. Salinan dokumen pendaftaran SSM/ sijil profesional/ pendaftaran Kementerian Kewangan (sekiranya ada).
  5. Salinan penyata kewangan/penyata bank.
  6. Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya 3 gambar).
  7. Salinan perjanjian sewa premis/tanah.
  8. Apa-apa dokumen yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan. Contohnya Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB), Borang C Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, Lesen Racun Jenis A (Akta Racun 1952) – Membekal Ubat atau Lesen Establishment (Seksyen 15 (1) Akta 737) – Peralatan Perubatan dan lain-lain.

Maklumat Lanjut TUNS PLUS 2021

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pinjaman usahawan mikro TUNS ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran yang berikut:

  1. Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS): 019-752 3251
  2. E-mail pertanyaan anda ke: [email protected]

Selamat maju jaya kami ucapkan pada mereka yang memohon.

TERIMA KASIH

Ai in everyday life : exploring the applications of artificial intelligence.