Semakan Penyata Gaji Secara Online (ePenyata ANM) 2020

Semakan Penyata Gaji Secara Online (ePenyata ANM) 2020

Semakan Penyata Gaji Secara Online.

Tahukah anda akan kewujudan sistem online untuk membuat semakan penyata gaji secara online iaitu ePenyata Gaji ANM?

Anda perlukan maklumat lanjut?

Thesumber dengan artikel Semakan Penyata Gaji Secara Online (ePenyata ANM) 2020 merangkumkan segala maklumat yang anda perlukan buat rujukan.

Jom teruskan bersama kami!

Isi Kandungan

Semakan Penyata Gaji Secara Online (ePenyata ANM) 2020

ePenyata Gaji adalah satu sistem yang telah diwujudkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)

Sistem ini juga merupakan satu inisiatif ke arah kertas bagi penggunaan slip gaji dan setiap penjawat awam wajib menggunakan sistem ini

Ia membolehkan kalangan kakitangan awam dan pesara kerajaan bagi mendapatkan payslip masing-masing terus daripada sistem online yang sedia ada.

MUAT TURUN APLIKASI ePENYATA GAJI ANM

Bagi memudahkan lagi pengguna untuk menyemak e-Penyata Gaji, Sistem ePenyata Gaji dan Laporan melalui smartphone, versi mobile kini sedia untuk dimuat turun di AppStore dan Play Store melalui carian “ePayslip JANM”.

Ia menyediakan 4 fungsi ringkas kepada penjawat awam Persekutuan iaitu :

  • memuat turun penyata gaji bulanan serta penyata pendapatan tahunan,
  • mengemaskini profil pengguna (emel dan no telefon sahaja),
  • menyalurkan maklum balas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat dan
  • menjana penyata gaji bagi tujuan pinjaman kewangan.

Muat turun aplikasi ini di:

CARA DAFTAR PENGGUNA BARU ePENYATA GAJI ANM

  1. Daftar Pengguna Baru di laman web rasmi: ePenyata Gaji – DAFTAR PENGGUNA
  2. Isi kesemua maklumat yang diminta. Pastikan maklumat yang diberikan adalah semuanya betul. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah untuk urusan anda akan datang:
  3. Butiran yang wajib diisi semasa pendaftaran adalah:
  • Kad Pengenalan
  • Gaji
  • Kata Laluan
  • Sahkan kembali Kata Laluan
  • Soalan keselamatan ( Penting jika anda terlupa kata laluan )
  • Jawapan kepada soalan keselamatan ( Pastikan anda ingat. )
  1. Klik butang “OK”
Read Also :  i-Lestari KWSP: Semakan Status & Permohonan

Semakan Penyata Gaji Secara Online

Kemudian anda boleh terus login seperti biasa dengan memasukkan No. Kad Pengenalan & Kata Laluan

SEMAKAN PENYATA GAJI ONLINE BULANAN & TAHUNAN

NOTA:

Sebelum anda ingin membuat semakan dan memuat turun penyata gaji anda dikehendaki mengemaskini profil dengan memasukkan No H/P dan Alamat e-mel.

Setelah berjaya daftar masuk dan mengemaskini maklumat yang dikehendaki, anda perlu klik pada submenu ‘Sendiri’ untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.

SEMAKAN PENYATA GAJI BULANAN

  • Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”.
  • Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji.
  • Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.

SEMAKAN PENYATA GAJI TAHUNAN

  • Klik pada ‘Penyata Pendapatan Tahunan’ yang terdapat di bawah submenu ‘Sendiri’
  • Jadual Penyata Pendapatan Tahunan akan dipaparkan sekirnya penyata pendapatan gaji tahunan telah dimuat naik dalam sistem.
  • Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan.
  • Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim (FAQ)

Sekiranya anda mempunyai sebarang kekeliruan dan pertanyaan mengenai ePenyata Gaji ANM ini, anda boleh terus hubungi pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada:

e-mel rasmi [email protected]

Anda dikehendaki untuk sertakan:

  • Nama penuh
  • No.kad pengenalan
  • No.Gaji
  • No.Kod Pejabat Perakaunan
  • No.Kod Jabatan
  • No.Kod Pusat Pembayar

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bagaimana jika terlupa kata laluan ?

  • Anda hanya perlu klik “Lupa Kata Laluan. Masukkan No.kad pengenalan , No. Gaji dan klik “Seterusnya”.

Sekiranya e-penyata gaji laporan tak boleh buka egaji ?

  • Itu hanya sementara. Adkala server yang tidak dapat menampung jumlah trafik dan pengunjung yang tinggi.
Read Also :  eBaki MARA Online: Semakan Baki Pinjaman Pendidikan MARA

Berapa lamakah data penyata gaji disimpan dalam sistem e-Penyata ?

  1. Bagi penyata bulanan iainya disimpan sehingga 18 bulan ke belakang.
  2. Manakala bagi penyata tahunan pula, 7 tahun ke belakang.

Adakah e-Penyata mempunyai apps pada telefon pintar ?

  • E-penyata mempunyai 2 apps iaitu pada android dan juga apple ios.

Kesimpulan

Semoga artikel kami kali ini dapat memudahkan urusan anda untuk membuat semakan penyata gaji. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM bagi membantu untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara.

TERIMA KASIH