Semakan Kelayakan iCitra KWSP: Pengeluaran KWSP RM5000

Semakan Kelayakan iCitra KWSP: Pengeluaran KWSP RM5000

Semakan Kelayakan iCitra KWSP.

Pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin dalam Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) menyatakan bahawa pencarum KWSP berpeluang mengeluarkan maksimum pengeluaran sebanyak RM5,000.

Apa syarat-syarat kelayakan pengeluaran i-Citra KWSP ini?

Teruskan bersama Thesumber dengan artikel Semakan Kelayakan iCitra KWSP: Pengeluaran KWSP RM5000 sebagai rujukan buat pencarum KWSP yang ingin membuat semakan dan permohonan.

Jom baca artikel kami.

Isi Kandungan

Semakan Kelayakan iCitra KWSP: Pengeluaran KWSP RM5000

Untuk makluman anda, seramai 12.6 juta pencarum KWSP di Malaysia berpeluang untuk membuat pengeluaran KWSP maksimum sebanyak RM5,000 bergantung kepada jumlah simpanan masing-masing.

Tujuan utama i-Citra ini diperkenalkan adalah untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka sepanjang menghadapi kemelut penularan Covid-19 di Malaysia.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN iCITRA KWSP

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran iCitra:

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
  2. Ahli mestilah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

TARIKH PERMOHONAN iCITRA KWSP

Mereka yang berkelayakan boleh mula membuat permohonan pada 15 JULAI 2021.

CARA PERMOHONAN iCITRA KWSP ONLINE

  1. Pencarum KWSP boleh membuat permohonan secara atas talian/online di: PORTAL RASMI ICITRA KWSP
  2. Portal rasmi ini akan dibuka untuk permohonan bermula 15 Julai nanti.
Read Also :  Permohonan Bantuan Makanan Covid19 Keluarga Kuarantin Labuan

*Sebarang makluman mengenai permohonan iCitra KWSP ini akan kami kemaskini dari semasa ke semasa*

TARIKH BAYARAN iCITRA KWSP

Mereka yang layak dan berjaya memohon  akan mula menerima bayaran bermula bulan Ogos 2021.

Pembayaran pengeluaran sebanyak RM5000 itu akan dilakukan secara ansuran dalam tempoh masa 5 bulan. Ini bermaksud maksimum pengeluaran yang ditetapkan disini adalah RM1000 untuk setiap bulan.

Pengeluaran minimum pula adalah RM50 dan anda perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

NOTA:

Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Semakan Kelayakan iCitra KWSP

Soalan Lazim (FAQ) iCITRA KWSP

Mengapakah Pengeluaran kemudahan i-Citra diperkenalkan?

  • Pengeluaran kemudahan i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?

  • Boleh. Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Namun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?

  • Amaun atau jumlah maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

  • Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya.

Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?

  • Boleh namun tertakluk kepada syarat kelayakan.

Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra?

  • Tidak. Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra.
Read Also :  Permohonan Bantuan Pelajar IPTA B40 RM300 (BPTAR 2020)

Maklumat Lanjut Semakan Kelayakan iCitra KWSP

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iCitra KWSP anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

With proper regulation and oversight, grok ai could be a force for good and bring about positive changes to our world.