Daftar Sabah Trace Online: Pendaftaran Majlis Sosial/Premis Perniagaan

Daftar Sabah Trace Online: Pendaftaran Majlis Sosial/Premis Perniagaan

Daftar Sabah Trace Online.

Apa itu sistem Sabah Trace? Ianya merupakan satu kaedah pemeriksaan ‘contactless’ pelanggan dan pemeriksaan kebersihan kawasan.

Sama seperti aplikasi MySejahtera penggunaan aplikasi ini membolehkan pengesanan sosial di antara komuniti.

Bagi mereka yang berada di negeri Sabah khususnya pemilik premis perniagaan atau anda ingin membuat majlis sosial boleh buat pendaftaran di Sabah Trace dan dapatkan QR Code.

Bagaimana?

Baca artikel kami hari ini Daftar Sabah Trace Online: Pendaftaran Majlis Sosial/Premis Perniagaan sebagai panduan untuk proses pendaftaran sistem ini.

Jom teruskan bersama kami.

Apa Itu Sabah Trace?

SabahTrace untuk makluman anda adalah satu sistem daftar masuk secara digital yang diletakkan di ruang hadapan premis-premis terpilih di negeri Sabah sama seperti aplikasi MySejahtera.

Premis seperti pejabat kerajaan untuk perkhidmatan perlu (essential services), kawasan khas pelawat dan ruangan orang awam digalakkan untuk menggunakan sistem ini bagi membolehkan individu membuat pendaftaran nama dan nombor telefon mudah alih bagi memudahkan usaha pengesanan kontak.

SabahTrace digunakan untuk mengumpul dan mengesahkan data di pintu masuk melalui 2 cara:

  • Imbasan kod QR seperti yang dipaparkan di lokasi atau
  • Memasukkan secara manual QR ID yang dipaparkan di imej kod QR dalam laman web SABAH TRACE

Sabah Trace diwajibkan untuk tempat-tempat yang padat dengan orang ramai yang boleh menyebabkan kesesakan dalam jarak yang dekat untuk tempoh yang lama atau tempat yang tertutup atau tempat tumpuan orang ramai seperti:

  • Kedai makan contohnya restoran, medan selera, pusat penjaja, kedai kopi
  • Tempat kerja contohnya pejabat, kilang
  • Sekolah dan Institut Pengajian
  • Pusat penjagaan kesihatan contohnya hospital, klinik dan klinik TCM
  • Rumah penjagaan kesihatan contohnya kediaman perawatan
  • Pra-sekolah
  • Kedai gunting rambut
  • Pasar raya
  • Pasar keding atau basah yang terpilih
  • Pusat beli belah
  • Hotel
BACA JUGA :  MyRail5 KTMB: Daftar Pas Perjalanan Tanpa Had 30 Hari

Daftar Sabah Trace Online: Pendaftaran Majlis Sosial/Premis Perniagaan

Berikut kami kongsikan kepada pemilik premis perniagaan dan rakyat Sabah cara mendaftar di sistem Sabah Trace ini:

CARA DAFTAR SABAH TRACE UNTUK PEMILIK PREMIS PERNIAGAAN

  1. Layari: LAMAN WEB RASMI SABAH TRACE
  2. Klik pada ‘Daftar’ dan akan diberikan paparan seperti dibawah:
  3. Daftar Sabah Trace Online:
  4. Isi kesemua butiran yang diminta dengan lengkap dan klik ‘Hantar’
  5. Akhir sekali, anda akan menerima QR Code dan e-mel dengan salinan kod QR yang boleh dicetak. Selesai.

CARA DAFTAR SABAH TRACE UNTUK MAJLIS SOSIAL

Rakyat negeri Sabah khususnya yang ingin mengadakan majlis sosial atau acara persendirian sangat digalakkan oleh kerajaan untuk menggunakan sistem Sabah Trace ini.

Langkah ini bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan pemantauan ke lokasi majlis yang didaftarkan dan mengelakkan dari penganjur majlis dikenakan tindakan kompaun. Penganjur majlis juga disarankan agar sentiasa memantau kepatuhan SOP pengunjung majlis mereka.

  1. Pada laman rasmi Sabah Trace, anda perlu klik pada bahagian ‘Acara’
  2. Anda akan menerima paparan seperti berikut:
  3. Daftar Sabah Trace Online
  4. Isi kesemua butiran yang wajib dan pastikan maklumat yang anda berikan itu lengkap serta betul.
  5. Selesai mengisi borang permohonan anda boleh klik ‘Hantar’

Maklumat Lanjut Daftar Sabah Trace Online

Sebarang maklumat lanjut mengenai sistem Sabah Trace ini anda boleh rujuk:

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP seperti penjarakan sosial tidak kira dimana juga anda berada.

Sama-sama kita jaga kita.

TERIMA KASIH