Permohonan Bantuan Masyarakat India.
Sukacita dimaklumkan buat masyarakat India khususnya rakyat Johor, satu peruntukan khas telah disediakan untuk menyalurkan bantuan kepada masyarakat India Johor yang memerlukan.
R. Vidyananthan selaku Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar menyediakan inisiatif ini bagi memberikan bantuan kepada masyarakat India yang terkesan akibat penularan Covid-19 sejak tahun lalu.
Thesumber menyampaikan informasi ini melalui artikel Permohonan Bantuan Masyarakat India Johor 2021 Secara Online sebagai rujukan untuk mereka yang berminat untuk menerima bantuan ini.
Jom teruskan membaca artikel kami.
Isi Kandungan
Permohonan Bantuan Masyarakat India Johor 2021 Secara Online
Terdapat 3 kategori permohonan untuk bantuan masyarakat India Johor ini iaitu:
- Kebajikan
- Pendidikan (IPTA/IPTS)
- Keusahawanan
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN
Syarat-syarat kelayakan permohonan mengikut kategori yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:
KATEGORI KEBAJIKAN
- Pemohon adalah warganegara Malaysia dan bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 3 tahun.
- Isi rumah berpendapatan pemohon rendah iaitu kurang daripada RM2000 sebulan.
- Pemohon perlu mengemukakan penyata akaun bank (1 bulan), slip gaji (3 bulan), dan penyata EPF dan dokumen sokongan seperti senarai di bawah.
- Sekiranya ibu bapa atau penjaga pemohon bekerja sendiri, mereka hendaklah mendapat perakuan daripada Pesuruhjaya Sumpah.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
- Sekeping gambar berukuran passport.
- Satu salinan kad pengenalan diri dan keluarga.
- Salinan slip gaji (3 Bulan) atau Akuan Sumpah jika bekerja sendiri.
- Salinan penyata bank.
- Bil elektrik dan air.
- Surat pengesahan doktor (jika berkenaan).
- Surat Pengesahan Sewa Beli Rumah (jika berkenaan).
- Bil tunggakan daripada TNB dan SAJ (jika berkenaan).
- Salinan kad pengenalan si mati.
- Laporan polis (jika berkenaan).
NOTA:
Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan atau Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/KetuaKampung.
KATEGORI PENDIDIKAN (IPTA/IPTS)
- Pemohon adalah warganegera Malaysia dan bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangya 3 tahun.
- Isi rumah berpendapatan pemohon kurang daripada RM3500 sebulan.
- Pemohon perlu mengemukakan penyata akaun bank (1 bulan), slip gaji (3 bulan), dan penyata EPF.
- Semua permohonan perlu mengemukakan salinan surat tawaran daripada institusi pendidikan yang mengesahkan kemasukan pemohon dalam kursus yang dipilih (bagi pelajar pendidikan asas, diploma dan ijazah), bagi yang bersekolah perlu mengemukakan salinan surat pengesahan pelajar.
- Sekiranya ibubapa atau penjaga pemohon bekerja sendiri, mereka hendaklah mendapat perakuan daripada Pesuruhjaya Sumpah.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan pelajar.
- Salinan sijil kelahiran.
- Sekeping gambar berukuran pasport.
- Salinan kad pelajar.
- Salinan UPSR/PMR/SPM/STPM/SPV/Pendidikan Asas/Diploma/Lain-lain sijil.
- Salinan surat tawaran.
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
- Salinan tiga bulan gaji ibu dan bapa.
- Salinan statement bank akaun.
- Salinan kad pengenalan 2 nama rujukan.
NOTA:
Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan, Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/Ketua Kampung.
KATEGORI KEUSAHAWAN
- Pemohon adalah warganegara Malaysia dan telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 3 tahun dan berumur di antara 18 hingga 60tahun.
- Pemohon sedang menjalankan perniagaan milik sendiri atau baru hendak memulakan perniagaan.
- Pemohon mendapat kelulusan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
- Satu pinjaman bagi satu isi rumah.
- Berpendapatan pemohon kurang daripada RM5000 sebulan.
- Pemohon perlu mengemukakan penyata akaun bank (3 bulan terakhir) dan Surat Akuan Bersumpah.
- Pemohon juga perlu mengemukakan ‘Kertas Rancangan Perniagaan’
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
- Gambar pasport
- Salinan kad pengenalan
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
- Salinan penyata akaun semasa bank (3 bulan)
- Kertas kerja rancangan perniagaan
NOTA:
Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan, Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/Ketua Kampung.
CARA PERMOHONAN BANTUAN MASYARAKAT INDIA JOHOR ONLINE
Mereka yang berkelayakan boleh terus membuat permohonan dengan mengikuti cara-cara di bawah:
- Pemohon perlu memuat turun borang permohonan di: BORANG PERMOHONAN BANTUAN MASYARKAT INDIA
- Anda boleh muat turun borang mengikut kategori yang ingin dipohon.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk setiap kategori seperti di atas.
- Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar melalui:
- Email: [email protected] ATAU
- Pos ke alamat:
Pejabat Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor,
Aras 3, Bangunan Dato Jaafar Muhammad,
79555 Iskandar Puteri,
Johor Darul Takzim.
Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Masyarakat India
Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan ini anda boleh terus hubungi:
- Pejabat Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor: 07-266 6031/07-266 6012
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH