Cara Bayar Bil Air Sabah Guna Maybank2U/Sabah Pay 2021

Cara Bayar Bil Air Sabah Guna Maybank2U/Sabah Pay 2021

Cara Bayar Bil Air.

Rakyat Sabah khususnya kini boleh membuat pembayaran bil air hanya secara atas talian/online menggunakan aplikasi Maybank2U dan juga Sabah Pay.

Apa yang anda perlukan hanya telefon pintar,  sambungan internet yang baik dan baki duit yang mencukupi untuk bayar bil air dari rumah sahaja.

Bagaimana?

Artikel Thesumber hari ini Cara Bayar Bil Air Sabah Guna Maybank2U/Sabah Pay 2021 kami bawakan khas untuk anda yang inginkan panduan yang mudah untuk difahami.

Jom baca artikel kami.

Apa Itu Sabah Pay?

Pembayaran bil air melalui Sabah Pay? Apa sebenarnya Sabah Pay ni?

Untuk makluman anda, Aplikasi Sabah Pay dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) dengan kerjasama Boost, Sunline International (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Alibaba Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Sabah Pay merupakan salah satu tindakan strategik untuk mendigitalkan ekonomi negeri Sabah dengan memperkenalkan perkhidmatan bayaran atas talian kepada rakyat negeri Sabah.

Melalui aplikasi ini anda boleh:

  • Penyimpanan wang secara digital (e-Wallet)
  • Membuat pembayaran (bil utiliti dan sebagainya)
  • Memindahkan dan menerima wang secara digital
  • Fungsi pintar seperti bil perpecahan (split bill)
  • Semakan sejarah transaksi dan banyak lagi

Cara Bayar Bil Air Sabah Guna Maybank2U/Sabah Pay 2021

Cara Bayar Bil Air Sabah Guna Maybank2U/Sabah Pay 2021

Anda dah faham dan kenal apa itu Sabah Pay?

Okay, berikut kami kongsikan pada anda cara bayar bil air guna Sabah Pay dan juga aplikasi Maybank2U:

Read Also :  Semakan Permohonan GKP 2.0: Geran Khas Prihatin 2020

CARA DAFTAR AKAUN SABAH PAY

  1. Muat Turun Aplikasi Sabah Pay di:
  2. Bagi pengguna baharu anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Klik pada ‘Register’
  3. Kemudian anda perlu mengisi nombor telefon yang masih aktif serta butiran peribadi yang diminta dengan lengkap dan betul.
  4. Cipta kata laluan untuk anda log masuk ke Sabah Pay dan sahkan kata laluan.
  5. Anda akan menerima kod daripada nombor yang daftarkan tadi. Masukkan nombor kod yang diberikan untuk melengkapkan proses pendaftaran.

Selesai!

Dah daftar baru boleh bayar bil air online. Macam mana?

Jom rujuk cara-cara di bawah.

CARA BAYAR BIL AIR SABAH GUNA SABAY PAY

Langkah-langkah membuat pembayaran dengan Sabah Pay adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Sabah Pay kemudian klik ‘Payment’
  2. Anda akan diberikan senarai agensi, pilih agensi yang anda ingin buat pembayaran.
  3. Pilihan pembayaran melalui ‘Scan Bar Code’ atau ‘Masukkan Nombor Akaun’ akaun diberikan pada anda.
  4. Klik ‘Payment’ dan pilih cara pembayaran yang anda inginkan.
  5. Sahkan pembayaran anda dengan klik ‘Confirm’

Dah selesai!

Mudah bukan?

CARA BAYAR BIL SABAH GUNA MAYBANK2U

Anda perlu mendaftar dengan MayBank2U terlebih dahulu sebelum ingin membuat pembayaran.

  1. Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI MAYBANK2U
  2. Masukkan ‘username’ dan ‘password’ kemudian klik ‘Login’
  3. Klik pada ‘Pay Bills’ dan pada bahagian ‘Pay To’ pilih ‘Payee’
  4. Pada ruangan yang disediakan isi ‘Jabatan Air Sabah’
  5. Masukkan maklumat yang diminta:
    • Jumlah Pembayaran
    • Nombor Akaun Bil Air
  6. Kemudian klik ‘Pay’ dan teruskan sehingga proses pembayaran selesai.

Maklumat Lanjut Cara Bayar Bil Air Sabah

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran berikut:

Read Also :  Permohonan dan Semakan Bantuan Yapeim Online

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Step 5 : store your dried chamomile. 연차 수당은 연차 휴가를 사용하지 않은 경우에만 지급됩니다.