Permohonan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 Online

Permohonan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 Online

Permohonan Program Subsidi Upah.

Pelaksanaan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 merupakan lanjutan daripada Program Subsidi Upah sebelum ini melalui Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Inisiatif ini disediakan kerajaan bagi membantu meringankan beban kos yang ditanggung premis perniagaan dalam tempoh 4 bulan.

Anda inginkan maklumat lanjut?

Artikel Thesumber hari ini Permohonan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 Online kami sediakan sebagai rujukan mereka yang ingin memohon.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca!

Apa Itu Program Subsidi Upah?

Untuk makluman anda, Program Subasidi Upah adalah program bantuan kewangan oleh kerajaan yang dibayar kepada majikan bagi setiap perusahaan untuk setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Syarat ini telah dimansuhkan dan majikan boleh memohon PSU 4.0 walaupun gaji pekerja tersebut melebihi RM4,000.

Objektif utama pelaksanaan program membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar mereka dapat meneruskan operasi syarikat dan mengelakkan mereka membuang pekerja.

Tempoh pelaksanaan PSU 4.0 adalah selama 4 bulan sahaja kepada majikan yang layak dan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2021.

Permohonan Program Subsidi Upah

Permohonan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 Online

Berikut kami kongsikan syarat kelayakan permohonan dan prosedur permohonan PSU 4.0:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk PSU 4.0 adalah seperti berikut:

  1. Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  2. Majikan tersebut mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
  3. Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan PKP.
Read Also :  Permohonan Program Saringan Prihatin MyEG 2020

*sebarang pertambahan syarat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa*

CARA PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0 ONLINE

Mereka yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  1. Pemohon perlu layari: PORTAL RASMI PRIHATIN PERKESO
  2. Pada bahagian ‘Program Subsidi Upah’ klik pada ‘Permohonan & Semakan’
  3. Untuk memohon klik pada ‘Permohonan Baharu’ pilih negeri perniagaan anda beroperasi.
  4. Isi semua maklumat permohonan yang diminta dengan lengkap dan betul.
  5. Kemudian, muat turun dokumen-dokumen sokongan di bawah:
    • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan).
    • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
    • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank (Rujuk pihak bank dan memastikan No. BRN dan No. akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan).
    • Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan.
    • Akuan Pengisytiharan PSU 4.0.
  6. Setelah permohonan dan dokumen sokongan anda lengkap klik pada ‘Hantar’

KADAR BAYARAN PSU 4.0

Jumlah bayaran yang diperuntukkan untuk bagi seorang pekerja dalam PSU 4.0 adalah sebanyak RM600.

Untuk makluman, majikan boleh menuntut sehingga 500 orang pekerja bagi pelaksanaan program ini.

Maklumat Lanjut Permohonan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0

Sebarang pertanyaan mengenai Program Subsidi Upah anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di saluran berikut:

  • Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO: 1-300-22-8000

Selamat maju jaya kami ucapkan pada mereka yang memohon.

TERIMA KASIH

7 reasons to add podcasting to your business marketing mix. 연차 수당은 근로자가 회사에 연차 수당 청구서를 제출하면 지급됩니다.