Cara Daftar & Log In THiJARI Online Dengan Mudah – Thesumber.com Permohonan Dan Semakan

Cara Daftar & Log In THiJARI Online Dengan Mudah

Cara Daftar & Log In THiJARI.

Apa itu THiJARI?

THiJARI adalah sistem online untuk pengguna yang mempunyai akaun Tabung Haji.

Perkhidmatan seperti semakan penyata Tabung Haji, pemindahan wang, urusan berkaitan Haji seperti pendaftaran dan sebagainya boleh dilakukan secara online.

Mudah bukan? Macam mana nak daftar THiJARI ni?

Artikel kami hari ini Cara Daftar & Log In THiJARI Online Dengan Mudah kami sediakan khas buat rujukan mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan online THiJARI.

Jom baca!

Cara Daftar & Log In THiJARI Online Dengan Mudah

SYARAT PENDAFTARAN THiJARI ONLINE

Sebelum anda daftar THiJARI, pastikan anda menepati kesemua syarat-syarat berikut terlebih dahulu:

  1. Kemaskini maklumat peribadi anda di mana-mana kaunter Tabung Haji terlebih dahulu.
  2. Jangan lupa untuk membawa buku akaun simpanan Tabung haji sekali dan kad pengenalan kerana terdapat proses pengesahan diri yang akan dilakukan melalui ibu jari (Anda mesti menghadirkan diri, wakil tidak dibenarkan)
  3. Pastikan anda sudah daftarkan nombor telefon bimbit anda (untuk mendapatkan penghantaran nombor TAC)

CARA DAFTAR THiJARI ONLINE

Selesai semua urusan di atas anda boleh terus membuat pendaftaran seperti berikut:

  1. Anda perlu layari: PORTAL RASMI THiJARI
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan nombor Tabung Haji anda.
  3. Isikan nombor telefon bimbit yang telah anda daftarkan di cawangan Tabung Haji berdekatan anda dan juga maklumat peribadi. Pastikan anda isi semua maklumat dengan lengkap.
  4. Selesai mengisi maklumat anda, semak kesemuanya dengan teliti sebelum memasukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda.
  5. Selepas itu, anda dikehendaki untuk mengisi butiran-butiran di bawah:
    • Kata nama
    • Kata laluan
    • Nama pengguna
    • Negeri terkini

    6. Selesai! Anda sudah boleh mula menggunakan portal THiJARI.

Cara Daftar & Log Masuk THiJARI Online Dengan Mudah

CARA KEMASKINI MAKLUMAT DI THiJARI ONLINE

Anda boleh membuat kemaskini maklumat diri dan tanggungan etc:

  1. Anda perlu layari: PORTAL RASMI THiJARI
  2. Masukkan id pengguna yang telah anda daftarkan.
  3. Klik pada ‘LOG MASUK’
  4. Sila kenalpasti GAMBAR KESELAMATAN anda, jika betul, klik YA
  5. Anda kini telah masuk ke dalam sistem THiJARI
  6. Sila klik PROFILE SAYA untuk buat proses kemaskini maklumat anda

Soalan Lazim (FAQ) Cara Daftar & Log Masuk THiJARI

  • Saya terlupa kata laluan THiJARI?

Pendeposit perlu membuat penukaran kata laluan pada menu ” Terlupa Butiran Log Masuk ”

  • Apakah syarat untuk daftar THiJARI?Pendeposit perlu mempunyai akaun Tabung Haji yang aktif. Hanya akaun Tabung Haji dewasa sahaja yang boleh mendaftar.
  • Nombor TAC THiJARI disekat? Apa yang perlu dibuat untuk THiJARI login? 
    Sila hubungi Tabung Haji Contact Centre di talian +603-6207 1919

MUAT TURUN APLIKASI THiJARI KE TELEFON BIMBIT ANDA DI:

  1. Apple App Store: APLIKASI THiJARI
  2. Google Play Store: APLIKASI THiJARI

Maklumat Lanjut Cara Daftar & Log Masuk THiJARI

Sebarang maklumat lanjut mengenai THiJARI anda boleh hubungi cawangan Tabung Haji yang berdekatan atau:

  • Tabung Haji Contact Centre (THCC)
  • Telefon : +603 – 6207 1919
  • Faks : +603 – 7728 4959
  • Emel : th-info@lth.gov.my
  • SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990 *setiap jawapan akan dicaj RM0.50
  • Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
  • (Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Semoga perkongsian ini memudahkan anda melakukan apa-apa urusan dengan Tabung Haji. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

BACA JUGA :  SSM Login: Register SSM & Renew Online 2020
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com