Permohonan Geran Sepadan PTPTN B40 Insentif RM10000

Permohonan Geran Sepadan PTPTN B40 Insentif RM10000

Permohonan Geran Sepadan PTPTN.

Permohonan Geran Sepadan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini dibuka untuk pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang berpendapatan rendah di seluruh negara yang menepati syarat kelayakan.

Apa itu geran sepadan SSPN-i? Siapa yang layak untuk buat permohonan?

Thesumber kongsikan anda informasi terkini melalui artikel kami Permohonan Geran Sepadan PTPTN B40 Insentif RM10000 sebagai rujuk mereka yang berminat.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Apa Itu Geran Sepadan PTPTN (SSPN-i)?

Untuk makluman anda, Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit (ibu bapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang) oleh PTPTN menggalakkan rakyat yang berpendapatan rendah untuk menabung bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak.

Mulai 1 Januari 2015, pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan pemberian geran ini.

Mereka yang berminat dan menepati ciri-ciri antaranya yang berpendapatan rendah dan ingin memohon tetapi masih belum mempunyai akaun SSPN-i perlu membuka akaun ini dengan segera.

Permohonan Geran Sepadan PTPTN B40 Insentif RM10000

CARA BUKA AKAUN SSPN-i BARU SECARA ONLINE

  1. Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI PTPTN (SSPN-i)
  2. Kemudian klik pada ‘Buka Akaun SSPN-i’
  3. Isi maklumat pendaftaran yang diminta dengan lengkap dan betul
  4. Anda perlu membuat pembayaran untuk melengkapkan proses pendaftaran Akaun SSPN-i
  5. Selesai semua langkah di atas, pembukaan akaun SSPN-i ada berjaya

Permohonan Geran Sepadan PTPTN B40 Insentif RM10000

Berikut merupakan perkongsian khas kami bawakan untuk anda mengenai Geran Sepadan PTPTN sebagai rujukan:

Read Also :  Permohonan Program Insentif Rawatan Tibi Selangor RM800

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN GERAN SEPADAN PTPTN

Syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan untuk geran ini adalah seperti berikut:

  1. Pendeposit mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00.
  2. Penerima manfaat (anak) diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat sijil, foundation, matrikulasi, diploma dan ke atas adalah layak untuk dipertimbangkan pemberian geran sepadan.
  3. Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan.
  4. Tuntutan Geran Sepadan mestilah dibuat dalam tempoh pengajian penerima manfaat.

CARA PERMOHONAN GERAN SEPADAN PTPTN (SSPN-i)

Mereka yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pemohon perlu hadir ke mana-mana cawangan PTPTN yang berhampiran. Anda perlu buat temujanji PTPTN secara online terlebih dahulu.
  2. Pemohon perlu bawa dokumen-dokumen sokongan berikut:
    • Pengesahan pendapatan/salinan slip gaji/salinan Penyata Pencen/ salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.
    • Salinan Sijil Kelahiran/Sijil Anak Angkat/Surat Akuan Berkanun penerima manfaat
    • Salinan MyKad pasangan/Sijil Kematian/Surat Cerai;
    • Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT;
    • Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4)
    • Sekiranya penerima manfaat mendapat pinjaman pendidikan PTPTN, surat tawaran mendaftar dan surat pengesahan aktif belajar tidak diperlukan.
  3. Rujuk kepada Pegawai PTPTN yang bertugas berkenaan permohonan Geran Sepadan PTPTN.
  4. Anda akan dibantu pegawai yang bertugas untuk melengkapkan proses permohonan.

Maklumat Lanjut Permohonan Geran Sepadan PTPTN B40

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

  • Careline PTPTN: 03-2193 3000

Selamat maju jaya kami ucapkan.

Read Also :  Permohonan eKasih 2021: Daftar & Semakan

Amalkan tabiat menabung demi masa depan yang lebih cerah.

TERIMA KASIH