Permohonan Pinjaman Perumahan B40: Program Perakku Prihatin

Permohonan Pinjaman Perumahan B40: Program Perakku Prihatin

Permohonan Pinjaman Perumahan B40.

Yayasan Perak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memperkenalkan Program RMR Perakku Prihatin untuk rakyat negeri Perak yang masih tidak berpeluang untuk memiliki kediaman mereka sendiri.

Objektif utama Program RMR Perakku Prihatin ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan B40 memiliki rumah pertama.

Anda berminat?

Inginkan maklumat lebih lanjut?

Thesumber membawakan anda artikel Permohonan Pinjaman Perumahan B40: Program Perakku Prihatin sebagai panduan mereka yang berminat.

Jom baca!

Permohonan Pinjaman Perumahan B40: Program Perakku Prihatin

Untuk makluman anda, Program Perakku Prihatin menggunakan konsep pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah (jika mereka bukan pemilik).

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi untuk memohon pinjaman perumahan B40 ini adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
  • Tanah atau tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian atau bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
  • Pemohon hendaklah anak kelahiran Perak atau bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak.

SYARAT TAMBAHAN KELAYAKAN PERMOHONAN

Selain daripada syarat -syarat am di atas, syarat tambahan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

Read Also :  Pendaftaran Darjah 1 Tahun 2023/2024 Secara Online
  • Pemohon perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
  • Pemohon perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
  • SPNB atau Yayasan Perak berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

Permohonan Pinjaman Perumahan B40: Program Perakku Prihatin

CARA PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN B40 ONLINE

Mereka yang berkelayakan boleh terus membuat permohonan dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  • Pemohon perlu muat turun: BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN B40: PROGRAM PERAKKU PRIHATIN
  • Pemohon yang tidak mempunyai tanah sendiri dan memerlukan kebenaran tuan tanah anda perlu muat turun: BORANG AKUAN KEBENARAN
  • Lengkapkan semua borang permohonan di atas.
  • Sertakan sekali dengan dokumen-dokumen sokongan berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan pasangan (jika Berkenaan)
    • Salinan Kad Pengenalan Tuan Punya Tanah
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon kedua (Jika Berkaitan)
    • Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru
    • Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah
    • Salinan slip gaji (3 bulan terkini)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan bagi pemohon/pemohon kedua
    • Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang.
    • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah
    • Salinan sijil nikah pemohon, cerai @ meninggal dunia
    • Borang Laporan Tapak Bergambar
  • Hantar borang permohonan berserta dokumen sokongan anda di alamat berikut:

Syarikat Perumahan Negara Berhad,
No. 9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6,
Medan Meru Bestari,
30200 Ipoh, Perak.

ATAU

Yayasan Perak,
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak
No.111 Jalan Sultan Idris Shah
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Maklumat Lanjut Permohonan Pinjaman Perumahan B40

Anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai pinjaman perumahan Program RMR Perakku Prihatin boleh terus rujuk pihak berkenaan di saluran berikut:

  1. SPNB: 05-526 3876/4188
  2. Yayasan Perak: 05-255 2929

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada mereka yang memohon untuk mendapatkan kediaman mereka sendiri.

Read Also :  Pendaftaran SSM Percuma 2021 Online Untuk Pelajar (SPPP SSM)

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH

Step 5 : store your dried chamomile. 연차 수당은 근로자가 회사에 연차 수당 청구서를 제출하면 지급됩니다.