3 Cara Keluarkan Duit ASB.
Macam mana nak keluarkan duit ASB anda?
Dimana anda boleh membuat pengeluaran duit ASB ni?
Ada dokumen sokongan yang diperlukan ke?
Ada syarat-syarat yang dikenakan ke?
Thesumber menjawab persoalan anda dengan artikel kami hari ini 3 Cara Keluarkan Duit ASB Dengan Mudah (Bank/Pos/Online).
Jom teruskan membaca artikel kami.
Isi Kandungan
3 Cara Keluarkan Duit ASB Dengan Mudah (Bank/Pos/Online)
Dalam dunia serba moden ni pelbagai alternatif disediakan untuk pengguna untuk mengakses akaun ASB mereka dan juga membuat pengeluaran wang ASB yang diterima.
Berikut kami kongsikan 3 cara mudah mengikut kesesuaian pengguna untuk mengeluarkan duit ASB mereka:
CARA KELUARKAN DUIT ASB ONLINE (APLIKASI MyASNB)
Untuk makluman, beberapa syarat perlu dirujuk dengan teliti bagi pengguna yang ingin mengeluarkan duit ASB mereka melalui online.
Antara syarat-syaratnya adalah:
- Had maksimum pengeluaran adalah RM1000 sebulan.
- Minimum sekali pengeluaran adalah sebanyak RM100.
- Hanya tiga transaksi pengeluaran dibenarkan dalam sebulan.
Anda boleh rujuk cara pengeluaran online melalui video di bawah:
CARA KELUARKAN DUIT ASB MELALUI BANK
Senarai bank yang membolehkan anda membuat pengeluaran duit ASB tanpa buku adalah:
- Hong Leong
- Alliance Bank
- Maybank
- AmBank
- Bank Muamalat
- Bank Islam
- Affin Bank
- RHB
- Ambank
- CIMB
- BSN
Cara pengeluaran:
- Pengguna perlu hadir di mana-mana cawangan bank agen ASB.
- Maklumkan kepada pegawai bank yang bertugas bahawa anda ingin membuat pengeluaran duit simpanan amanah saham bumiputera anda.
- Anda kemudiaanya perlu mengisi Borang Jualan Balik Unit ASB. Pastikan anda mengisi maklumat yang lengkap dan betul.
- Serahkan semula borang tersebut dan tunggu nombor giliran anda dipanggil.
- Serahkan kad pengenalan untuk tujuan pengesahan diri dan proses pengeluaran duit diteruskan.
Selesai! Mudah bukan?
CARA KELUARKAN DUIT ASB DI PEJABAT POS
Selain bank, anda juga boleh membuat pengeluaran duit ASB di pejabat pos tanpa perlu membawa buku bank.
Macam mana? Jom rujuk langkah-langkah di bawah:
- Bawa Kad Pengenalan anda ke cawangan pos yang berdekatan. Kad Pengenalan penting untuk membuat pengesahan cap jari anda. Jangan lupa ya!
- Isi Borang Jualan Balik Unit ASB dengan lengkap dan serahkan kepada pegawai yang bertugas.
Selesai.
NOTA:
Tiada lagi had pengeluaran dan sekatan limit dimansuhkan untuk keluarkan asb di pejabat pos.
Kesimpulan 3 Cara Keluarkan Duit ASB
3 alternatif diatas menunjukkan pengguna kini boleh membuat pilihan yang terbaik sesuai dengan keadaan semasa untuk mengeluarkan duit amanah saham nasional mereka.
Pilihan yang lebih selamat dan jimat masa melalui atas talian memudahkan mereka yang sibuk bekerja atau tiada masa untuk ke kaunter asb/agen asb.
Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan. cara keluarkan duit asb