Permohonan Online Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN Nasional

Permohonan Online Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN Nasional

Permohonan Online Skim Pemulihan Perniagaan.

Berita baik buat usahawan perniagaan mikro yang terjejas akibat pandemik COVID-19!

TEKUN Nasional kini telah membuka permohonan bantuan perniagaan untuk anda!

Artikel Thesumber hari ini Permohonan Online Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN Nasional sebagai panduan lengkap untuk membantu para peniaga yang memerlukan bantuan skim ini.

Jom baca!

Apakah Skim Pemulihan Perniagaan (TEKUN)?

Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN atau TEKUN Business Recovery Scheme (TBRS TEKUN) adalah skim pembiayaan Mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.

Skim ini terbuka kepada semua perniagaan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Untuk makluman anda, TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang mana fungsi agensi ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan melalui Skim Pembiayaan Mikro- PENJANA bermula dari RM1,000 sehingga RM 10,000.

Permohonan Online Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN Nasional

Berikut kami kongsikan pada anda maklumat-maklumat penting skim perniagaan ini bagi mereka yang berminat:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan skim pemulihan perniagaan yang perlu anda penuhi sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Pemohon berumur 18- 60 tahun.
  • Warganegara Malaysia (Bumiputera atau India).
  • Pemohon hendaklah bebas daripada tindakan kebankrapan.
  • Pemohon mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada).
  • Usahawan mikro yang mana perniagaan mereka terjejas akibat penularan wabak COVID-19.
  • Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.
  • Syarikat perlulah mempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah atau dokumen lain yang mengesahkan pemohon menjalankan perniagaan.
BACA JUGA :  Semakan Status & Rayuan PraSekolah KPM Online Sesi 2021

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN SKIM PEMULIHAN PERNIAGAAN TBRS

Berikut merupakan langkah-langkah permohonan bagi mereka yang melepasi syarat-syarat di atas:

  1. Anda perlu layari laman web rasmi TEKUN di: TEKUN NASIONAL
  2. Pergi ke bahagian ‘Inisiatif TEKUN COVID-19’ dan bahagian ‘Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS).’
  3. Kemudian klik pada bahagian ‘Borang Permohonan TBRS.’
  4. Anda dikehendaki untuk memuat turun borang-borang berikut:
    Borang JPP01 – Senarai Semak
    Borang JPP 02 – Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN
  5. Borang JPP 11 – Borang Penama
    JPP Borang 17 – Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu
  6. Anda perlu melengkapkan borang-borang yang telah dimuat turun dan hantar borang-borang tersebut bersama dokumen yang diperlukan ke pejabat TEKUN Nasional yang berhampiran.
  7. Berikut pautan kami sediakan buat rujukan anda: SENARAI ALAMAT PEJABAT TEKUN

NOTA:

Perlu diingatkan bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menguruskan permohonan pembiayaan TBRS.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen permohonan skim pemulihan perniagaan TEKUN yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN ( JPP/BORANG/02)
  • Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu ( JPP/BORANG/17 )
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sah
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan ( jika berkenaan )
  • Salinan Penyata Akaun Bank Individu untuk 1 bulan terkini
  • Salinan salah satu Bil Utiliti terkini ( elektrik / air / telefon / syarikat TV berbayar )

KELULUSAN PERMOHONAN

Selepas borang permohonan dan dokumen dihantar, tempoh kelulusan permohonan adalah seperti berikut:

  • 5 hari bekerja untuk usahawan TEKUN sedia ada.
  • 7 hari bekerja untuk usahawan yang pertama kali memohon pembiayaan TEKUN.

TEMPOH PEMBIAYAAN DAN KADAR KEUNTUNGAN SKIM TBRS

  • Tempoh bayaran balik pembiayaan 1 tahun hingga 3 tahun.
  • Kadar keuntungan yang dikenakan oleh skim ini adalah sebanyak 3.5% setahun.
BACA JUGA :  Permohonan Online Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020

Permohonan Online Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN Nasional

Maklumat Lanjut Permohonan Online Skim Pemulihan Perniagaan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut  dan pertayaan tentang permohonan pinjaman atau pembiayaan Tekun COVID ini, sila hubungi rujuk berikut:

Nombor telefon: 03-9059 888

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 pagi – 5.00 petang)

Anda juga boleh layari www.tekun.gov.my untuk maklumat lanjut.

Kesimpulan Permohonan Online Skim Pemulihan Perniagaan

Semoga artikel ini dapat membantu para peniaga memulihkan semula keadaan ekonomi pernigaan mereka. Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang berkelayakan.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH