Semakan Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) Online?
Anda pemilik PKS yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19 sejak Mac yang lalu? Berita baik untuk anda!
Kerajaan Malaysia melalui Pakej Ransangan Ekonomi Perihatin Rakyat (PRIHATIN) telah memperkenalkan geran khas bagi membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro.
Semakan Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) Online menyediakan segala maklumat permohonan yang anda perlukan!
Isi Kandungan
Geran Khas Prihatin (GKP)
Wabak Covid-19 yang melanda negara disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah semestinya menjejaskan ekonomi masyarakat dan negara. Semua aktiviti dagangan terhenti dan tiada aliran tunai buat peniaga-peniaga.
Bagi meringkan beban khususnya pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro di Malaysia, kerajaan amat bertimbang rasa dan mengambil berat keadaan golongan ini dengan menyediakan Geran Khas Prihatin (GPK).
Inisiatif Geran Khas Prihatin ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) pada 6 April yang lalu.
GKP yang akan dikawal selia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mensasarkan lebih 700 000 PKS mikro di seluruh Malaysia yang akan menikmati manfaat ini.
Dengan peruntukan kesuluruhan berjumlah RM2.1 bilion, Geran Khas Prihatin ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan perniagaan para pengusaha dalam industri PKS mikro yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Semakan Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) Online
Berikut kami kongsikan kepada anda semakan status permohonan, syarat-syarat permohonan, tarikh dan tatacara permohonan, kadar bayaran dan beberapa maklumat lain lagi buat rujukan semua:
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN
Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak keputusan permohonan GKP anda bermula pada minggu pertama Jun 2020.
Permohon yang diterima permohonannya akan menerima bayaran dijangka pada bulan Jun 2020.
Semakan status permohonan anda boleh dibuat melalui pautan yang kami sediakan di bawah:
Semakan Keputusan Geran Khas PRIHATIN
NOTA:
Kaedah pembayaran geran adalah secara kredit ke akaun bank pemohon yang layak dan akaun bank anda mestilah aktif.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Pemohon perlulah berstatus warganegara Malaysia
- Pemohon adalah mereka yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
– Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
– Jumlah pekerja kurang daripada lima (5) orang iaitu tidak termasuk pemilik - Mestilah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019
- Masih lagi aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat
- Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia
NOTA:
Bagi yang berdaftar dengan agensi kerajaan contohnya SSM dan PBT tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, masih layak memohon Geran Khas PRIHATIN dengan mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan online semasa memohon.
CARA PERMOHONAN ONLINE
Sekiranya anda menepati semua syarat-syarat yang ditetapkan di atas, anda boleh langkah seterusnya iaitu permohonan secara online.
BORANG PERMOHONAN GKP ONLINE
Permohonan boleh dilakukan secara online sahaja menerusi pautan yang disediakan LHDNM seperti yang telah kami sediakan di bawah:
Borang Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP)
Ingin kami maklumakan disini, borang permohonan ini diaktifkan pada 1 Mei 2020, jam 900 pagi dan permohonan secara manual tidak akan diterima.
TARIKH PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN
TARIKH DIBUKA : 1 MEI 2020
TARIKH DITUTUP: 15 MEI 2020
KADAR BAYARAN GKP YANG DIBERIKAN
One Off : RM 3,000 sahaja
Maklumat Lanjut Semakan Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) Online
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau menghadapi sebarang masalah, sila hubungi:
- Soalan Lazim GKP
- Hasil Care Line: 03 8911 1000/ 603-8911 1100 (Luar Negara) juga beroperasi pada 1 & 2 Mei 2020, 9.00 pagi – 4.30 petang.
- Facebook LHDNM
- Portal Rasmi LHDNM
Kesimpulan Semakan Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) Online
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat khususnya pada golongan PKS. Usaha kerajaan membantu golongan ini menunjukkan sikap ambil berat kerajaan dalam memelihara kebajikan rakyat.
Sebar-sebarkan artikel kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.
TERIMA KASIH