Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2021/2022 Secara Online

Permohonan Matrikulasi KPM.

Adik-adik lepasan SPM 2020 yang berminat untuk menyambung pengajian ke program Matrikulasi, anda kini sudah boleh membuat permohonan secara atas talian/online.

Untuk membantu adik-adik yang berminat dengan Program Matrikulasi ini, Thesumber membawakan anda artikel Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2021/2022 Secara Online dimana kami sertakan panduan yang ringkas tapi mudah difahami sebagai rujukan.

Tunggu apa lagi tu? Dah bersedia nak buat permohonan?

Baca artikel ini sampai habis ye!

Program Matrikulasi KPM

Untuk makluman anda, Program Matrikulasi ini telah diwujudkan pada tahun 1998 dan ianya merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2021/2022 Secara Online

ALIRAN/BIDANG YANG DITAWARKAN DI MATRIKULASI

4 aliran/bidang utama yang ditawarkan di matrikulasi adalah seperti berikut:

  1. Sains
  2. Kejuruteraan
  3. Perakaunan Professional
  4. Perakaunan

PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN DENGAN SIJIL MATRIKULASI

Pelajar yang mengambil aliran Perakaunan, Kejuruteraan, dan Sains dan seterusnya menyambung pengajian mereka dalam Program Matrikulasi KPM (aliran yang sama), berpeluang untuk menyambung pengajian mereka selepas itu ke:

  • Universiti Awam-Malaysia
  • Universiti Luar Negara-United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepu
  • Universiti Swasta-Malaysia

Untuk pelajar bidang Perakaunan Professional pula, mereka boleh menyambung pengajian ke:

  • UiTM- Professional Association of Chartered Certified Accountant (ACCA)

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2021/2022 Secara Online

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MATRIKULASI KPM

Syarat kelayakan untuk menyambung pengajian ke Program Matrikulasi adalah seperti berikut:

BACA JUGA :  Permohonan & Semakan Status eKasih Secara Online 2020

Pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah berikut layak untuk menyambung pengajian ke program Matrikulasi bidang/aliran kejuruteraan:

  1. Sekolah Kerajaan
  2. Sekolah Bantuan Kerajaan
  3. Sekolah Swasta
  4. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
  5. Sekolah Teknik

Manakala para pelajar yang berminat menyambung pengajian ke program Matrikulasi dalam bidang perakaunan, perakaunan professional dan sains mestilah para pelajar lepasan sekolah menengah berikut:

  1. Sekolah Kerajaan
  2. Sekolah Bantuan Kerajaan
  3. Sekolah Swasta
  4. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

TEMPOH PERMOHONAN MATRIKULASI 2021

Adik-adik lepasan SPM 2020 yang berminat boleh mula membuat permohonan sekarang sehingga 15 APRIL 2021.

CARA PERMOHONAN MATRIKULASI 2021 SECARA ONLINE

NOTA:

Untuk makluman, permohonan program matrikulasi ini adalah percuma dan tidak memerlukan pembelian nombor PIN.

Langkah-langkah permohonan matrikulasi online adalah seperti berikut:

  1. Pemohon perlu layari: LAMAN WEB PERMOHONAN MATRIKULASI ONLINE
  2. Klik pada ‘Permohonan’ kemudian klik pula pada ‘Daftar Kali Pertama’
  3. Isikan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM pemohon kemudian klik ‘Cari’
  4. Isi maklumat diri pemohon dengan lengkap dan klik ‘Daftar’
  5. Log masuk semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang pemohon daftarkan tadi.
  6. Isi maklumat dengan tepat dan lengkap kemudian klik pada ‘Halaman Seterusnya’
  7. Pada paparan terakhir permohonan, klik pada ‘Hantar Permohonan’
  8. Cetak borang permohonan untuk rujukan pemohon nanti. Selesai!

Dah siap! Mudah bukan?

Maklumat Lanjut Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2021

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program Matrikulasi KPM 2021 ini anda boleh terus hubungi pihak Bahagian Matrikulasi KPM di saluran berikut:

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada adik-adik yang berminat menyambung pengajian ke matrikulasi. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

BACA JUGA :  Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) RM5000 One-Off

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH