Cara Memohon Bantuan Saradiri & Kecemasan Mahasiswa Perak

Cara Memohon Bantuan Saradiri & Kecemasan Mahasiswa Perak

Bantuan Saradiri & Kecemasan Mahasiswa Perak

Perhatian kepada semua mahasiswa-mahasiswa Perak! Kerajaan negeri Perak telah memperkenalkan2 jenis bantuan untuk membantu mahasiswa yang datang dari golongan yang memerlukan.

Nak tahu dengan lebih lanjut?

Baca artikel Cara Memohon Bantuan Saradiri & Kecemasan Mahasiswa Perak dimana semua jawapan untuk persoalan anda ada disini!

Cara Memohon Bantuan Saradiri & Kecemasan Mahasiswa Perak

Kami kongsikan kepada maklumat-maklumat seperti syarat permohonan, panduan untuk memohon di bawah bagi mereka yang berminat:

bantuan sara diri dan kecemasan mahasiswa perak

OBJEKTIF & JENIS BANTUAN

  1. Meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mahasiswa fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan.
  2. Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga mereka yang memerlukan.

Jenis-jenis bantuan yang akan diberikan kepada Mahasiswa Anak Perak adalah seperti berikut:

BANTUAN SARADIRI

Bantuan ini adalah bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.

Ianya juga turut diberikan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semestar atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.

BANTUAN KECEMASAN

Bantuan ini adalah bantuan khas sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.

Contoh-contoh bencana atau musibah adalah seperti berikut:

  • Kemalangan
  • Kebakaran
  • Kematian Ibu / Bapa / Penjaga
  • Kecurian
  • Bencana alam (Banjir / Ribut / Tanah Runtuh)
  • Penyakit kronik
Read Also :  Cara Login ePengambilan PDRM 2021 Jawatan Kosong PDRM

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat Permohonan Bantuan Saradiri

1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.

5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).

6. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.

7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.

8. Permohonan dibuka sepanjang tahun.

9. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Untuk Bantuan Sara Diri).

Syarat Permohonan Bantuan Kecemasan

1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
Read Also :  Cara Daftar ASB Online Melalui Aplikasi myASNB 2021

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.

5. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat / Penghulu / Pengerusi MPKK / Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga)

6. Menghantar permohonan dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian.

7. Permohonan dibuka sepanjang tahun.

DOKUMEN-DOKUMEN PERMOHONAN

Bagi mahasiswa yang ingin membuat permohonan kedua-dua bantuan ini anda dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen yang berikut:

  1. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
  2. Salinan kad pelajar pemohon.
  3. Salinan penyata akaun bank pelajar.
  4. Salinan surat kematian dan surat bercerai (jika berkaitan).
  5. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).
  6. Salinan Laporan Polis/Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).
  7. Penyata pendapatan bapa & ibu atau penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila sertakan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan.
  8. Sokongan/perakuan/pengesahan borang permohonan:
  • Pihak yang boleh memberi sokongan ialah Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.
  • Pihak yang boleh membuat perakuan ialah ADUN/Penyelaras DUN/Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim  (kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja).
  • Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim/Pegawai Kerajaan Kelas A/Wakil Rakyat/Penyelaras DUN.

KADAR PEMBERIAN BANTUAN

  • Bantuan Saradiri      : RM 700 (SETAHUN)
  • Bantuan Kecemasan: RM300-RM1000 (SETAHUN – Bergantung pada tahap bencana dan musibah)
Read Also :  Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (NADMA) RM100 Sehari

BORANG PERMOHONAN BANTUAN SARADIRI & KECEMASAN

Terdapat dua cara untuk anda membuat permohonan kedua-dua bantuan ini:

SECARA ONLINE

Melalui pautan yang kami sediakan di bawah:

SECARA MANUAL

  • Borang permohonan Bantuan Saradiri dan Kecemasan ini juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

Maklumat Lanjut Cara Memohon Bantuan Saradiri & Kecemasan

Bagi pemohon yang ingin mendapatkan info dan maklumat lanjut, anda boleh terus ke pejabat Yayasan Perak di alamat:

  • Yayasan Perak,
    Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
    No 111 Jalan Sultan Idris Shah,
    30000 Ipoh,
    Perak Darul Ridzuan.

Pemohon juga boleh menghubungi pihak Yayasan Perak di:

Kesimpulan Cara Memohon Bantuan Saradiri & Kecemasan

Semoga artikel kami ini dapat memberi manfaatnya kepada mahasiswa-mahasiswa yang memerluka. Sebar-sebarkan artikel kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang terlibat. Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH