PENJANA: Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online

PENJANA: Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online

PENJANA: Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal

Bagaimana?

Untuk makluman anda, selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), golongan ibu tunggal yang berdaftar akan menerima bantuan khas ibu tunggal secara one-off sebanyak RM300 sebelum perayaan Hari Raya Aidiladha.

Nak tahu dengan lebih lanjut?

Artikel PENJANA: Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online ada segala jawapan terhadap persoalan anda.

Jom baca!

Kategori & Definisi Ibu Tunggal

Berdasarkan KPWKM, ibu tunggal boleh didefinisikan sebagai:

Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah (warganegara Malaysia) bagi kategori:

  1. Taraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
  2. Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
  3. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Jika anda berada di dalam salah satu kategori di atas, anda layak membuat permohonan dan mendaftar status ibu tunggal di JPW.

PENJANA: Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal

Berikut kami komgsikan kepada anda maklumat-maklumat penting berkaitan permohonan ini:

CARA PERMOHONAN ONLINE

Untuk makluman, anda perlu mengisi borang permohonan BKIT mengikut negeri masing-masing secara online. Bagi ibu tunggal yang berminat untuk memohon, mereka perlu mempunyai akaun email Gmail.

Read Also :  Tarikh Bayaran BPN 2.0 Pada 26 Oktober 2020 & Semakan Status

Anda dikehendaki log masuk ke dalam akaun email Google untuk mengisi borang permohonan bantuan yang disediakan oleh JPW untuk mengisi maklumat kad pengenalan dan sebagainya.

Berikut kami sediakan pautan borang permohonan bantuan ibu tunggal mengikut negeri:

Pemohon perlu memilih kategori, mengisi maklumat peribadi, maklumat waris, tanggungan dan bantuan yang diterima (Penerima bantuan dari agensi berlainan masih layak untuk menerima Bantuan Khas Ibu Tunggal jika berkelayakan)

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA & BAYARAN BANTUAN DIBERIKAN

  • Permohonan ini dibuka sehingga 31 Oktober 2020
  • Bayaran bantuan adalah mulai bulan Julai sehingga November 2020

NOTA:

Status permohonan akan dimaklumkan melalui SMS. Sebarang pemakluman yang berkaitan dengan Permohonan Bantuan Khas RM300 akan dikemaskini di laman web dan facebook JPW.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon hendaklah mematuhi ciri-ciri dibawah untuk melayakkan mereka membuat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran Definisi Ibu Tunggal
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan ini adalah seperti berikut:

  1. Salinan MyKad
  2. Salinan Sijil Kahwin/ Sijil Cerai/ Sijil Kematian
  3. Salinan Penyata Akaun tahun Semasa
  4. Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin/ MyKid/ MyKad/ Sijil Pengangkatan daripada JPN
  5. Slip Gaji terkini (jika berkenaan)
  6. Pengesahan Pendapatan atau lain-lain dokumen sokongan (Contoh: Surat Pengesahan daripada Majikan)
  7. Surat Akuan Sumpah (sekiranya masih dalam proses penceraian)
  8. Surat Akuan Doktor (jika berkenaan)
Read Also :  Hadiah Pengajian IPT Selangor RM1000: Permohonan & Semakan

PENJANA: Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal

Pendaftaran di Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

Antara manfaat yang boleh diperolehi apabila mendaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita ialah mereka boleh mendapat bantuan seperti:

  • Program peningkatan kemahiran
  • Latihan keusahawanan kepada golongan wanita yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan seperti program DeWI, Bazar Wanita, dan Program Bantuan Kesejahteraan Emosi menerusi Program Kaunseling.

Terdapat dua kaedah pendaftaran yang boleh dilakukan iaitu secara online dan manual:

  • Secara online: Permohonan secara online boleh dibuat di Sistem iWanita
  • Secara manual: Hadir di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri di seluruh Malaysia.

Maklumat Lanjut 

Bagi anda yang mempunyai pertanyaan lanjut atau masalah berkaitan cara daftar ibu tunggal secara online dan manual, sila hubungi:

Kesimpulan PENJANA: Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal

Thesumber berharap artikel ini dapat memudahkan urusan ibu-ibu tunggal yang ingin membuat permohonan ini. Sebar-sebarkan artikel ini kepada golongan ibu tunggal yang memerlukan.

TERIMA KASIH