Permohonan Online Geran Usahawan Perak.
Kerajaan negeri Perak memperkenalkan satu bantuan dalam bentuk geran bagi membantu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di negeri Perak.
Anda berminat?
Artikel kami hari ini Permohonan Online Geran Usahawan Perak (GeRUP) 2020 dimana kami rangkumkan segala maklumat yang anda perlukan untuk membuat permohonan ini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Geran Usahawan Perak (GeRUP)
Untuk makluman anda, Geran Usahawan Perak (GeRUP) merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk membantu PKS Bumiputera di Negeri Perak memulakan semula perniagaan masing-masing selepas mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Pelaksanaan GeRUP ini melibatkan kerjasama antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Korperasi serta SME Corp Malaysia dan turut disertai oleh pelbagai agensi pembimbing.
Berikut merupakan senarai agensi pembimbing yang terlibat dengan bantuan kewangan GeRUP:
- Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak.
- SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia)
- Jabatan Pertanian Negeri Perak
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- Yayasan Perak
- Perbadananan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- TEKUN Nasional (TEKUN)
- Tourism Malaysia Negeri Perak
- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
- Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak (Veterinar)
- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak Berhad (Kraftangan)
- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
- FELCRA Berhad
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
- Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
- Jabatan Belia dan Sukan (JBS)
- Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM)
- Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP)
- Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Permohonan Online Geran Usahawan Perak
Berikut kami kongsikan pada anda syarat-syarat kelayakan permohonan geran ini, cara-cara permohonan dan beberapa maklumat lain bagi mereka yang berminat:
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah sebelum membuat permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Anda perlu memiliki sekurang-kurangnya 60% ekuiti syarikat dimiliki Bumiputera
- Perniagaan anda mesti beroperasi di Negeri Perak
- Memenuhi definasi PKS Mikro iaitu jumlah nilai jualan tidak melebihi RM300,000 setahun atau pekerja kurang daripada 5 orang;
- Perniagaan anda perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020
- Keutamaan diberikan kepada PKS yang tidak menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan
- Berdaftar atau diperakui atau disokong oleh mana-mana Agensi/ Jabatan (24 agensi pembimbing)
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
TEMPOH PERMOHONAN
- Permohonan dibuka: 16 Julai 2020
- Permohonan ditutup: 30 Julai 2020
PANDUAN PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK
Sekiranya anda memenuhi segala syarat-syarat kelayakan di atas anda kini boleh membuat permohonan dengan cara yang disediakan di bawah:
- Permohonan boleh dibuat secara online dengan melayari pautan ini:BORANG PERMOHONAN GERUP
- Anda perlu klik pada butang ‘Daftar Akaun’ dan isikan maklumat-maklumat berikut:
– Nama Pemilik
– No. My Kad
– No Telefon
– Emel
– Agensi Pembimbing
– Kata Laluan - Setelah selesai mengisi maklumat berikut, tekan butang ‘Daftar.’
- Anda perlu log masuk menggunakan Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
- Isi maklumat seterusnya yang dikehendaki dengan lengkap.
- Tekan butang ‘Hantar’ setelah semua maklumat diisi.
- Permohonan berjaya dihantar apabila satu “pop-up” memaparkan ‘Maklumat Berjaya Disimpan’ dipaparkan.
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN GERUP
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak dan pembayaran dijangka akan mula dibayar pada 1 September 2020.
NOTA:
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel yang telah didaftarkan dan juga melalui sms selepas bulan September 2020.
Sekiranya permohon tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 3 bulan, permohonan dianggap tidak berjaya.
Maklumat Lanjut Permohonan Online Geran Usahawan Perak
Sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi dengan cara menghantar emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 05-529 1621.
Kesimpulan
Semoga perkongsikan artikel kami pada hari ini dapat membantu PKS di negeri Perak untuk mendapatkan bantuan bagi meringankan beban mereka. Sebarkan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang layak.
Selamat maju jaya kami ucapkan!
TERIMA KASIH