Bantuan Kecemasan MAIPk 2021.
Bantuan ini adalah khas buat mereka yang terjejas sumber pendapatan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Bantuan dalam bentuk kewangan ini akan diberikan secara bulanan melalui Skim Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk 2021.
Anda inginkan maklumat lanjut?
Teruskan membaca artikel Thesumber hari ini Bantuan Kecemasan MAIPk 2021: Permohonan & Semakan Online sebagai panduan untuk mereka yang ingin memohon.
Jom teruskan bersama kami.
Isi Kandungan
Apa Itu Skim Bantuan Kecemasan MAIPk?
Untuk makluman anda, Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk adalah bantuan yang disasarkan kepada penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk dan Ketua Isi Rumah (KIR) yang menghadapi situasi berikut:
- Terjejas sumber pendapatan kerana diberhentikan kerja
- Tidak dapat menjalankan perniagaan
- Diberi cuti tanpa gaji kerana majikan menghentikan operasi
- Sebab-sebab munasabah yang lain
3 KATEGORI PENERIMA BANTUAN KECEMASAN MAIPk
Berikut adalah 3 kategori penerima untuk bantuan ini buat rujukan anda:
KATEGORI PERTAMA: BANTUAN ONE-OFF SEBANYAK RM200
Golongan yang disasarkan:
- Penerima Bantuan Kewangan Bulanan dan Sewa Rumah yang berdaftar di bawah MAIPk sehingga Jun 2021
- Penerima Bantuan Kewangan:
- Bulanan Fakir / Miskin
- Muallaf dan Anak Yatim
- Sewa Rumah
KATEGORI KEDUA: BANTUAN ONE-OFF SEBANYAK RM400
Golongan bersasar yang diuruskan oleh pihak MAIPk dengan kerjasama agensi kerajaan dan persatuan / Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti berikut:
- Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Maahad Tahfiz Quran (MTQ), dan Pondok (Berdaftar dengan Jabatan Aaama Islam Perak)
- Peniaga Pasar Tani yang berdaftar di bawah agensi Lembaa Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- Peniaga dan Penjaja Kecil yang berdaftar di bawah Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak (PPPKM)
- Usahawan Asnaf (berdaftar di bawah MAIPk)
- Pemandu Teksi yang berdaftar di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
- Pemandu Lori / Pemandu Bas yang berdaftar di bawah Persatuan Pemandu Lori & Bas Perak (PPLBP)
- Orang Kelainan Upaya (Penerima bantuan EPC di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM)
- Orang Kelainan Upaya (Cacat Penglihatan) yang berdaftar di bawah Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Perak
- Pengusaha dan Pekerja SPA yang berdaftar di bawah Persatuan Usahawan SPA Perak (SISPA)
- Pekerja di Pusat Latihan Kemahiran yang berdaftar di bawah Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FEMAC)
- Tenaga Pengajar yang memegang Sijil Pengajar Institut Memandu yang masih aktif di Institut Memandu yang terlibat di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
KATEGORI KETIGA: BANTUAN ONE-OFF SEBANYAK RM400
Golongan sasaran:
- Golongan yang terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).
- Golongan ini terdiri daripada mereka yang tidak termasuk dalam senarai Kategori Pertama dan Kategori Kedua.
Bantuan Kecemasan MAIPk 2021: Permohonan & Semakan Online
Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan mengikut kategori:
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KECEMASAN MAIPk
Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah individu yang beragama Islam
- Pemohon adalah warganegara Malaysia
- Pemohon bermastautin atau bekerja di Negeri Perak;
- Pemohon ,empunyai pendapatan kasar tidak melebihi Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Perak iaitu RM2,077.00
- Pemohon terkesan dengan Pandemik COVID-19 sama ada tidak dapat menjalankan urusniaga / pekerjaan harian / diberhentikan kerja / direhatkan tanpa gaji;
- Berkeluarga (hanya ketua keluarga sahaja boleh memohon);
CARA PERMOHONAN BANTUAN KECEMASAN MAIPk 2021 ONLINE
Untuk makluman anda, bantuan kecemasan ini TIDAK dibuat melalui kaedah permohonan daripada individu.
Permohonan mengikut kategori adalah seperti berikut:
PERMOHONAN KATEGORI PERTAMA
Untuk kategori pertama, tiada permohonan apa-apa perlu di lakukan. Ini kerana, bantuan akan disalurkan secara automatik ke dalam akun bank penerima secara berperingkat bermula Jun 2021.
PERMOHONAN KATEGORI KEDUA
Bagi kategori ini, pihak MAIPk akan mendapatkan senarai ahli yang berdaftar dan masih aktif (sehingga 31 Mei 2021) daripada Agensi atau Persatuan yang mewakili individu dalam kategori tersebut.
PERMOHONAN KATEGORI KETIGA
Penerima kategori ketiga akan dikenalpasti oleh jentera Kerajaan di peringkat Daerah, Mukim, dan Kampung. Ianya melibatkan penghulu Mukim, dan Ketua Kampung serta jawatankuasa masjid di kawasan tempat tinggal masing-masing bermula 21 Jun 2021.
Maklumat Lanjut Bantuan Kecemasan MAIPk 2021
Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan ini anda boleh hubungi pihak di bawah dengan saluran berikut:
- PORTAL RASMI MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT MELAYU PERAK
- Facebook: ZAKAT PERAK MAIPk
- Nombor telefon: 05 208 4000
Selamat maju jaya kami ucapkan kepada yang memohon.
TERIMA KASIH