Daftar Penjana Kerjaya Perkeso
Apa itu Program PENJANAKERJAYA Perkeso dan faedahnya untuk rakyat?
Anda inginkan maklumat lanjut?
Kami di Thesumber membawakan anda artikel pada hari ini Daftar Penjana Kerjaya Perkeso 2021 Secara Online dimana kami rangkumkan segala maklumat yang perlukan untuk rujukan.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu PENJANAKERJAYA Perkeso?
4 kategori yang diberikan untuk memudahkan penjelasan adalah seperti berikut:
Pertama:
Insentif untuk pekerja bergaji 1,500 ringgit ke atas akan dinaikkan daripada kadar rata 800 ringgit sebulan, kepada 40 peratus daripada gaji bulanan, terhad kepada insentif maksimum 4,000 ringgit sebulan;
Kedua:
Bagi menggalakkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU, penganggur jangka panjang dan pekerja yang diberhentikan, majikan akan diberi insentif tambahan sebanyak 20 peratus, menjadikan keseluruhan insentif majikan berjumlah 60 peratus; dan
Ketiga:
Bagi sektor dengan kebergantungan tinggi kepada pekerja asing seperti pembinaan dan perladangan, insentif khas sebanyak 60 peratus daripada gaji bulanan disediakan dengan 40 peratus disalurkan terus kepada majikan dan 20 peratus kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing.
NOTA: Ketiga-tiga kategori ini, insentif diberikan untuk tempoh enam bulan; dan
Keempat:
Bagi mereka yang telah diambil bekerja di bawah PenjanaKerjaya, kos maksimum program latihan yang layak dituntut majikan dinaikkan daripada 4,000 kepada 7,000 ringgit bagi menjalani program kemahiran tinggi atau sijil profesional.
CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PENJANAKERJAYA PERKESO 2021
- Anda boleh membuat semakan kekosongan pekerjaan perlu buat semakan pada Portal MYFutureJobs.
- Majikan boleh mendaftarkan profil majikan di Portal PenjanaKerjaya melalui laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim (FAQ) PENJANAKERJAYA Perkeso
Bagaimanakah pembayaran insentif di bawah PenjanaKerjaya dilaksanakan?
- Bayaran insentif di bawah PenjanaKerjaya adalah secara bulanan kepada majikan selepas bayaran caruman wajib seperti PERKESO dilaksanakan (bulan seterusnya);
Adakah majikan akan menerima insentif di bawah PenjanaKerjaya sekiranya pekerja dan perantis tersebut meletakkan jawatan atau diberhentikan?
- Insentif yang berikutnya di bawah PenjanaKerjaya TIDAK DIBAYAR kepada majikan sekiranya pekerja dan perantis tersebut meletakkan jawatan atau telah diberhentikan.
Apakah takrifan pekerja yang dimaksudkan bagi insentif di bawah PenjanaKerjaya?
- Pekerja bagi insentif di bawah PenjanaKerjaya adalah mengikut takrifan ‘pekerja’ di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800).
Bagaimanakah semakan status permohonan boleh dilakukan oleh pihak majikan?
- Majikan boleh membuat semakan status permohonan di Portal PenjanaKerjaya di penjanakerjaya.perkeso.gov.my .
Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pekerja terhadap majikan yang menerima insentif di bawah PenjanaKerjaya sekiranya pekerja tidak menerima gaji bulanan atau gaji mereka dipotong oleh majikan?
- Pekerja yang mempunyai aduan berkenaan tidak menerima gaji bulanan atau gajinya dipotong boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja.
Berapa lama tempoh pelaksanaan insentif PENJANAKERJAYA?
- Diberikan selama 6 bulan.
Kesimpulan Daftar Penjana Kerjaya Perkeso
Semoga melalui artikel kami hari ini sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat yang anda perlukan. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara. Kita jaga kita.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH