5 Langkah Mudah Renew Lesen SSM di BSN 2020

5 Langkah Mudah Renew Lesen SSM di BSN 2020

5 Langkah Mudah Renew Lesen SSM.

Biar betul? Dekat BSN pun boleh renew lesen SSM?

Ye, betul! Malah lebih mudah kerana cawangan BSN lebih banyak dan dekat dengan kawasan sekitar anda.

Apa tunggu lagi?

Thesumber dengan artikel 5 Langkah Mudah Renew Lesen SSM di BSN 2020 kami sediakan khas buat mereka yang berminat! Semuanya ada disini.

Jom baca!

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.

Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.

Perniagaan fizikal atapun online kedua-duanya wajib mendaftarkan perniagaan mereka dengan syarikat SSM. Hal ini kerana timbul banyak aduan daripada pengguna yang mengalami masalah dengan peniaga online.

Terdapat segelintir daripada para peniaga online mengambil kesempatan menipu pengguna dan mengakibatkan kerugian.

“Melalui peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 2012, peniaga online diwajibkan memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, alamat emel dan nombor telefon di laman web, Facebook atau Instagram”

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Menteri KPDNKK”

Sumber: Kosmo

Untuk mengelakkan perniagaan anda terjejas dengan trend penipuan peniaga online, daftarkan perniagaan anda sekarang dengan syarikat SSM.

Dengan mendaftar syarikat anda dengan SSM;

  • Anda dapat tingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna internet dengan status perniagaan anda.
  • Anda dapat tingkatkan kredibiliti syarikat anda untuk jangka masa panjang.
  • Jika syarikat anda menghadapi apa-apa masalah terutamanya yang berkaitan dengan pihak berkuasa, anda mudah selesaikannya kerana syarikat anda sudah berdaftar secara sah.
  • Anda juga mungkin berpeluang mendapat geran-geran dan bantuan dari kerajaan untuk bangunkan perniagaan anda.
BACA JUGA :  Permohonan Rumah Selangorku 2021 Secara Online

5 Langkah Mudah Renew Lesen SSM di BSN

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 method yang disediakan untuk anda perbaharui atau renew lesen SSM:

  • Di mana-mana sahaja kaunter cawangan SSM berdekatan dengan anda
  • Renew lesen SSM anda secara online di laman web rasmi SSM
  • Renew lesen SSM anda dimana-mana kaunter cawangan BSN yang berdekatan

LANGKAH-LANGKAH RENEW LESEN SSM DI BSN

Berikut kami sediakan 5 langkah mudah buat rujukan anda:

  1. Muat turun borang untuk renew lesen perniagaan (borang A) di laman web SSM seperti di bawah atau dapatkan ia secara percuma di kaunter BSN.
  2. 5 Langkah Mudah Renew Lesen SSM
    Contoh Borang A (Registration of New Business)
  3. Isi borang perbaharui lesen nama perniagaan dan lengkapkan segala butiran yang perlu.
  4. Bawa kad pengenalan serta serahkan borang tersebut di kaunter BSN.
  5. Buat bayaran yang diminta.
  6. Satu penyata perakuan pembaharuan pendaftaran nama perniagaan akan diberikan seperti di bawah:

5 Langkah Mudah Renew Lesen SSM 1

Kesimpulan

Sekarang dengan pelbagai alternatif yang diwujudkan untuk mempermudahkan urusan perniagaan siapa pun boleh merealisasikan impian nak mulakan perniagaan mereka sendiri.

Tiada lagi alasan untuk berjaya dalam hidup!

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH

KINGDOM