Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera.
Makluman buat golongan ibu tunggal berkenaan bantuan sebanyak RM100/setahun khas kepada ibu tunggal yang berkelayakan.
Inisiatif ini disediakan bagi meringankan bantuan ibu tunggal yang merupakan antara golongan yang terjejas dalam tempoh pandemik melanda negara.
Justeru itu, Thesumber prihatin dengan situasi ini dan kami bawakan panduan khas melalui artikel Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera 2021: Permohonan & Syarat Kelayakan untuk golongan ibu tunggal yang ingin memohon.
Jom teruskan bersama kami.
Isi Kandungan
Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera 2021: Permohonan & Syarat Kelayakan
Berikut merupakan perkongsian lanjut mengenai permohonan bantuan ibu tunggal 2021 sebagai rujukan anda:
- Ibu tunggal yang layak akan disalurkan sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali.
- Sekiranya Ibu tunggal meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan kepada waris Ibu tunggal.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN IBU TUNGGAL iSEJAHTERA
Syarat-syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan untuk bantuan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
- Pemohon berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
- Status pemohon samada ‘bercerai’ ATAU ‘kematian suami’
- Pemohon mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
- Pemohon tidak berkahwin semula
- Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.
BORANG PERMOHONAN BANTUAN IBU TUNGGAL iSEJAHTERA 2021
Mereka yang layak boleh mendapatkan borang permohonan secara online/manual seperti di bawah:
- Pengguna baharu perlu mendaftar terlebih dahulu di: PORTAL RASMI iSEJAHTERA PENANG
- Selesai mendaftar, hanya boleh Log Masuk dan dapatkan borang permohonan secara online.
- Borang permohonan ini juga boleh di dapatkan secara manual dan percuma di semua:
- Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR
- Anda perlu menyediakan senarai dokumen sokongan permohonan mengikut kategori permohonan (senarai di bawah)
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang perlu dilengkapkan untuk dihantar bersama borang permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran salah seorang anak.
- Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
- Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
- Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
SEMAKAN STATUS BANTUAN IBU TUNGGAL iSEJAHTERA
Semak status permohonan anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Semakan melalui SISTEM iSEJAHTERA
- Hubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700.
- Hubungi Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ibu tunggal ini anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran berikut:
Selamat maju jaya kami ucapkan. bantuan ibu tunggal , bantuan ibu tunggal 2022 , bantuan ibu tunggal 2021 , semakan bantuan ibu tunggal rm300
TERIMA KASIH