Bantuan Khas Guru Tadika RM150: Permohonan & Syarat

Bantuan Khas Guru Tadika.

Kerajaan Selangor membuka bantuan khas Guru Tadika sebanyak RM150 dan kira-kira 3,000 guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tadika) di Selangor masih lagi belum memohon.

Inisiatif bawah Pakej Kita Selangor 2.0 bagi meringankan beban golongan pendidik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Oleh itu, permohonan baru akan dibuka pada 15 Ogos 2021 (AHAD) kepada guru-guru tadika yang terlepas peluang ini.

Thesumber dengan ingin membawakan perkongsian bantuan melalui artikel kami Bantuan Khas Guru Tadika RM150: Permohonan & Syarat Kelayakan.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca!

Bantuan Khas Guru Tadika RM150: Permohonan & Syarat Kelayakan

Untuk makluman anda, Ketua Menteri Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 9 Jun yang lalu telah mengumumkan bantuan sekali bayar RM150 kepada guru tadika manakala RM450 kepada 1,018 pengusaha melibatkan peruntukan RM1.99 juta di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Matlamat utama bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban golongan yang terjejas akibat pelaksanaan PKP.

Melalui permohonan fasa 1 sebanyak 7,177 telah mengemukakan permohonan bantuan dari jumlah sasaran 10,197.

Permohonan fasa 2 ini akan dibuka bagi memanfaatkan dana bantuan sepenuhnya kepada yang layak dan memerlukan.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KHAS GURU TADIKA

Permohonan fasa 2 bantuan ini akan mula dibuka pada 15 Ogos 2021 sehingga 6 September 2021.

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS GURU TADIKA

Bagi guru-guru tadika yang berminat anda boleh membuat permohonan melalui:

  • Persatuan Tadika Berdaftar DAN
  • Pejabat Pendidikan Daerah negeri masing-masing
BACA JUGA :  Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO

JUMLAH BANTUAN YANG DIBERIKAN

Untuk makluman anda, berikut merupakan jumlah bantuan wang secara one-off yang diberikan kepada pengusaha tadika dan juga guru tadika yang layak:

  • Jumlah bantuan Pengusaha Tadika: RM450
  • Jumlah bantuan Guru Tadika: RM150

Bantuan Khas Guru Tadika RM150

Maklumat Lanjut Bantuan Khas Guru Tadika RM150

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran yang berikut sebagai rujukan:

Semoga perkongsian kami kali ini dapat membanu meringankan beban pendidik seperti Guru Tadika di Selangor yang banyak terkesan akibat penularan Covid-19 di Malaysia.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH