Temujanji PTPTN Online 2021: Urusan PTPTN Di Kaunter

Temujanji PTPTN Online 2021: Urusan PTPTN Di Kaunter

Temujanji PTPTN Online 2021.

Kaunter PTPTN di seluruh Malaysia kini dibuka kecuali kaunter PTPTN yang terletak di dalam kawasan PKPD.

Orang ramai yang ingin berurusan dengan PTPTN perlu membuat temujanji secara online terlebih dahulu sebelum hadir ke cawangan PTPTN yang berdekatan.

Bagaimana?

Thesumber berkongsi maklumat dan panduan khas melalui artikel kami hari ini Temujanji PTPTN Online 2021: Urusan PTPTN Di Kaunter untuk memudahkan urusan anda buat appointment PTPTN atas talian.

Jom teruskan bersama kami.

Temujanji PTPTN Online 2021: Urusan PTPTN Di Kaunter

Temujanji Online PTPTN merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan bagi melancarkan urusan pengguna PTPTN dalam musim pandemik Covid-19 bagi mengelakkan situasi sempit dan orang ramai dalam kawasan yang tertutup.

Oleh itu, adalah dinasihatkan pada mereka yang ingin menyelesaikan urusan mereka di kaunter PTPTN untuk membuat tempahan temujanji terlebih dahulu selewat-lewatnya sehari sebelum temujanji anda.

SENARAI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI KAUNTER PTPTN MELALUI TEMUJANJI

  1. Urusan penghantaran borang pembatalan/pertukaran alamat/kemaskini no akaun
  2. Urusan Takaful Peminjam/SSPN-i/SSPN-i Plus
  3. Pengeluaran/Penutupan SSPN-i Plus
  4. Rundingan Ujrah
  5. Rundingan Penstrukturan
  6. Rundingan penggabungan pinjaman
  7. Penghantaran cek potongan gaji majikan/cek bendahari (pinjaman/simpanan)
  8. Pendaftaran penerima SSPN
  9. Permohonan Penangguhan disebabkan masih belajar
  10. Pembatalan Direct Debit

WAKTU KAUNTER PTPTN BEROPERASI SEPANJANG PKP

Untuk makluman, berikut merupakan waktu kaunter PTPTN beroperasi sepanjang negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP):

  • Waktu Operasi: 9.00 pagi sehingga 1.00 petang sahaja
    • KEHADIRAN MENGIKUT KEPADA KETETAPAN TEMUJANJI ANDA
Read Also :  High-end Yacht Charter Brokers

CARA-CARA BUAT TEMUJANJI PTPTN SECARA ONLINE

Anda jelas dengan makluman di atas?

Langkah seterusnya adalah untuk anda membuat temujanji secara online seperti berikut:

  • Pengguna perlu layari terlebih dahulu: LAMAN WEB e-Janji Temu PTPTN
  • Selepas itu, klik ‘Tempah Slot Anda’
  • Isi maklumat temujanji anda dengan lengkap dan betul.
  • Isi butiran diri pemohon dengan lengkap.
  • Semak maklumat diri yang diisi kemudian buat pengesahan maklumat.
  • Setelah berjaya membuat tempahan, anda perlu cetak ‘Slip Tempahan Slot Temujanji’ untuk dibawa ke kaunter pada hari yang ditetapkan.

temujanji PTPTN kaunter

temujanji PTPTN kaunter

temujanji PTPTN kaunter

Temujanji PTPTN Online

Temujanji PTPTN Online

Maklumat Lanjut Temujanji PTPTN Online 2021

Untuk sebarang maklumat tambahan, anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan dan pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

TERIMA KASIH