Janji Temu Bank Rakyat Online 2021: Permohonan & Syarat

Janji Temu Bank Rakyat Online 2021: Permohonan & Syarat

Janji Temu Bank Rakyat Online.

Makluman buat semua pelanggan Bank Rakyat, sistem terbaru kini telah diperkenalkan iaitu sistem e-Janji Temu atau buat appointment untuk berurusan di Bank Rakyat secara online.

Sistem ini diperkenalkan bagi memperkemaskan lagi jadual untuk pelanggan berurusan di Bank Rakyat dalam tempoh pandemik yang masih serius melanda negara.

Bagaimana?

Thesumber bersama artikel kami hari ini Janji Temu Bank Rakyat Online 2021: Permohonan & Syarat kami kongsikan sebagai panduan untuk mereka yang ingin menyelesaikan urusan di Bank Rakyat dengan cara yang lebih selamat dan mudah.

Jom baca!

Janji Temu Bank Rakyat Online 2021: Permohonan & Syarat

Kaedah ini bagi memastikan risiko jangkitan virus Covid-19 berkurangan dan memastikan keselamatan staff dan juga pelanggan yang hadir di Bank Rakyat.

2 perkhidmatan yang ditawarkan di dalam sistem janji temu online ini adalah seperti berikut:

  1. Ar-Rahnu
  2. Transaksi Perbankan
    • Perkhidmatan yang ditawarkan di bawah transaksi perbankan pula adalah seperti berikut:
      • Pembukaan Akaun: Pembukaan akaun baru Bank Rakyat bagi Akaun Simpanan-i, Semasa-i, Deposit-i Berjangka, iRakyat & iBiz
      • Pengeluaran / Simpanan: Pengeluaran atau Simpanan bagi akaun Deposit-i Berjangka
      • Penghantaran Wang (IBG / Rentas / Remittance): Pengiriman wang melalui sistem (IBG/Rentas) di kaunter
      • Perkhidmatan Tabung Haji: Pembukaan akaun baru Tabung Haji, Proses deposit / pengeluaran akaun, Pindahan wang antara akaun Tabung Haji, Pendaftaran Haji
      • Permohonan Pembiayaan-i: Permohonan pembiayaan untuk Sewa Beli-i, Perumahan-i, Perusahaan Kecil & Sederhana, Peribadi-i
      • Permohonan Penyata Akaun: Permohonan untuk penyata akaun simpanan, penyata akaun pembiayaan atau penyata penjelasan akaun pembiayaan
      • Penggantian Kad Debit-i: Proses penggantian Kad Debit-i boleh dibuat sekiranya kad rosak, kad hilang/dicuri, terlupa nombor pengenalan persendirian atau tersilap menghubungkan nombor akaun
      • Susulan Kredit (Bayaran Ansuran / Perundingan): Bayaran ansuran pembiayaan atau sebarang khidmat nasihat / rundingan dengan pihak bank
      • Deposit Syiling: Perkhidmatan deposit duit syiling (hanya terdapat di cawangan tertentu sahaja)
BACA JUGA :  Cara Daftar Selangor Kerjaya Online 10,000 Peluang Pekerjaan

CARA BUAT JANJI TEMU BANK RAKYAT SECARA ONLINE

Mereka yang jelas dengan jenis perkhidmatan yang disediakan di atas dan ingin membuat appointment boleh rujuk langkah-langkah yang dikongsikan di bawah:

  1. Imbas Kod QR e-Janji Temu dalam poster di bawah:
    • Janji Temu Bank Rakyat Online
  2. Pelanggan juga boleh layari: APPOINTMENT BANK RAKYAT ONLINE
  3. Kemudian pilih ‘Negeri & Jenis Perkhidmatan’ yang berkenaan.
  4. Pilih ‘Kaunter Cawangan’ Bank Rakyat yang berdekatan dengan anda.
  5. Pilih ‘Tarikh dan Masa’ yang tersedia dalam jadual yang disediakan.
  6. Isikan ‘Butiran Diri’ anda dengan lengkap pada ruangan yang disediakan.
  7. Pastikan anda semak semula semua butiran temujanji dan buat pengesahan untuk menetapkan tarikh temujanji anda.
  8. Jangan lupa untuk menunjukkan screen shot atau mesej temujanji yang tertera apabila anda berkunjung ke kaunter Bank Rakyat bagi memastikan anda dapat berurusan dengan cepat dan pantas.

Dah siap! Mudah bukan?

Maklumat Lanjut Janji Temu Bank Rakyat Online

Sebarang pertanyaan mengenai appointment Bank Rakyat online ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan dan sentiasa jaga SOP walau di mana juga anda berada.

TERIMA KASIH

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
How to write engaging blogs people want to read.