Syarat-Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

Syarat-Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

Syarat-Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini?

Menyambung pengajian anda ke Tingkatan 6 (Enam) atau Form 6 merupakan salah satu pilihan pelajar-pelajar lepasan SPM selain daripada Matrikulasi dan juga permohonan ke IPTA atau IPTS.

Buat pengetahuan anda, pelajar lepasan SPM tidak perlu membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 6. Pelajar yang melepasi syarat kelayakan kemasukan akan ditawarkan secara automatik.

Selalu menjadi tanda tanya, apa dia syarat kemasukan tingkatan 6?  Apakah jurusan pengajian yang ada ditawarkan?

TheSumber ada jawapannya!

Jom baca!

Isi Kandungan

Syarat-Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

Berikut adalah syarat-syarat am dan khas serta jurusan yang disediakan untuk panduan anda: Syarat Kemasukan Tingkatan 6

SYARAT-SYARAT AM 

Syarat am kemasukan ke Tingkatan 6 terkini adalah seperti berikut:

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2019

SYARAT-SYARAT KHAS 

JURUSAN SAINS

Untuk jurusan Sains, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  1. Matematik / Matematik Tambahan
  2. Fizik
  3. Kimia
  4. Biologi
  5. Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Pengajian Agroteknologi/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/
  6. Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal
  7. Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian

JURUSAN SAINS SOSIAL

Sekolah Menengah Harian

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
  4. Sejarah
  5. Geografi/ Pendidikan Seni Visual
  6. Komunikasi Visual/ Seni Halus /Teater/ Reka Bentuk / Pendidikan Muzik/ Muzik/Tari
  7. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  8. Matematik / Matematik Tambahan
  9. Prinsip Perakaunan
  10. Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  11. Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  12. Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
  13. Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  14. Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab / Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ English For Science And Technology
  15. Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan
Read Also :  Motorcycle Accident Attorney

Sekolah Menengah Agama

a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab. DAN mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak lebih 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Kesusasteraan Melayu / Literature in English
  4. Sejarah
  5. Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  6. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  7. Matematik / Matematik Tambahan
  8. Prinsip Perakaunan
  9. Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  10. Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  11. Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  12. Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  13. Pendidikan Syariah Islamiah
  14. Bahasa Arab
  15. Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan

b) Sekolah Berasrama Penuh (Agama) Di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab DAN mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian beserta jumlah mata gred tidak lebih 14 unit untuk 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang
berlainan seperti berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Kesusasteraan Melayu / Literature in English/
  4. Sejarah
  5. Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  6. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  7. Matematik / Matematik Tambahan
  8. Prinsip Perakaunan
  9. Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  10. Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  11. Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  12. Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  13. Pendidikan Syariah Islamiah
  14. Bahasa Arab
  15. Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan
Read Also :  Top-tier Commercial Property Insurance Brokers

Murid Berkeperluan Khas (MBK)

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurangkurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu;
  • Berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa iaitu tahun 2019

Cara Pengiraan Mata Gred Kemasukan Ke Tingkatan 6

Berikut adalah jadual nilai mata gred yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6:

Syarat-Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia 

Kesimpulan Syarat-Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang berminat. Sebar-sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH

Leave a Comment

Artificial intelligence (ai) and machine learning (ml) are revolutionizing the way businesses approach digital marketing.