Cara Daftar ASB Online Melalui Aplikasi myASNB 2021

Cara Daftar ASB Online Melalui Aplikasi myASNB 2021

Cara Daftar ASB Online.

Sesuai dengan keadaan semasa dimana kita rakyat Malaysia cuba menyesuaikan diri untuk hidup dengan virus Covid-19, anda boleh kurangkan pergerakan ke luar dan daftar akaun ASB hanya dihujung jari.

Anda boleh mendaftar akaun ASB dengan hanya menggunakan aplikasi myASNB.

Bagaimana? Cara Daftar ASB Online

Thesumber membawakan anda panduan melalui artikel kami Cara Daftar ASB Online Melalui Aplikasi myASNB 2021 untuk rujukan anda.

Jom teruskan bersama kami.

Apa Itu myASNB?

Untuk makluman anda, myASNB ialah portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara online.

Antara perkhidmatan yang disediakan di dalam aplikasi ini adalah:

  • Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
  • Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
  • Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
  • Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
  • Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
  • Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB
  • Untuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my

Cara Daftar ASB Online Melalui Aplikasi myASNB 2021

Pada yang masih keliru antara ASB dan ASNB, Amanah Saham Berhad (ASB) adalah satu unit tabung amanah yang diuruskan ASNB.

Read Also :  SPPIM 2021: Cara Daftar Kahwin Online Di Malaysia

ASNB pula adalah Syarikat Pengurusan Unit Amanah yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Untuk memudahkan lagi pengguna melabur di hujung jari, Permodalan Nasional Berhad telah mempertingkatkan sistem portal dan aplikasi myASNB untuk membolehkan anda mendaftar secara online.

Cara Daftar ASB Online Melalui Aplikasi myASNB 2021

CARA DAFTAR AKAUN ASB SECARA ONLINE DI APLIKASI myASNB

Anda boleh rujuk langkah-langkah dan rajah berikut sebagai panduan:

LANGKAH 1: MUAT TURUN APLIKASI myASNB

Anda boleh muat turun aplikasi ini di:

  1. AppStore
  2. Google Play

Cara Daftar ASB Online

 

LANGKAH 2: SEDIAKAN KAD PENGENALAN & BUTIRAN AKAUN BANK

  • Isi butiran yang diminta seperti:
    • No Kad Pengenalan
    • Butiran Akaun Bank
    • Maklumat Peribadi
  • Pastikan semuanya lengkap dan betul kemudian klik pada perakuan di bahagian bawah dan klik ‘Continue’

LANGKAH 3: VERIFIKASI IDENTITI & CIPTA KATA LALUAN

  • Anda perlu ‘Verify Identity’ / membuat pengesahan identiti terlebih dahulu sebelum mengaktifkan akaun.
  • Kemudian tetapkan ID dan cipta kata laluan/password

LANGKAH 4: PILIH KAEDAH PEMBAYARAN PELABURAN

  • Pilih kaedah pembayaran pelaburan anda dengan bank yang tersedia di dalam pilihan
  • Anda boleh melabur dengan serendah RM10

Selesai! Pelaburan di atas talian/online tidak kira dimana sahaja anda berada hanya menggunakan aplikasi myASNB.

Rujuk video tutorial di bawah untuk rujukan lanjut:

https://youtu.be/a2-GTQgytgQ

CARA DAFTAR AKAUN ASB DI KAUNTER/MANUAL

Anda juga boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun.

Pastikan anda membuat temujanji online terlebih dahulu di: PORTAL RASMI ASNB

Dokumen yang perlu dibawa ialah:

  • 18 tahun ke atas – Kad pengenalan
  • Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga

Kesimpulan

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka yang minat dengan dunia pelaburan ataupun pada yang baru ingin mencuba melabur melalui myASNB.

Read Also :  Hadiah Pengajian IPT Selangor RM1000: Permohonan & Semakan

Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH