Semakan Status GKP 2.0: Pembayaran Mulai November 2020

Semakan Status GKP 2.0: Pembayaran Mulai November 2020

Semakan Status GKP 2.0

Perhatian buat anda yang memohon Geran Khas Prihatin 2.0! Pembayaran geran anda akan bermula pada bulan November ini.

Bagaimana nak buat semakan?

Thesumber bawakan anda artikel Semakan Status GKP 2.0: Pembayaran Mulai November 2020 sebagai panduan buat pemilik-pemilik PKS yang berminat. Semuanya ada disini.

Jom baca!

Semakan Status GKP 2.0

TERKINI!

Mengikut makluman yang diterima, pembayaran akan dibuat bermula 25 Novembersecara one-off sebanyak RM3,000.Pembayaran akan dibuat terus ke akaun yang telah didaftaran semasa proses permohonan dibuat.

Anda perlu memastikan akaun bank yang didaftarkan masih aktif.

Kami sertakan maklumat-maklumat berkenaan permohonan & semakan baharu GKP 2.0 buat rujukan anda:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN GKP 2.0

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik

Pemohon juga perlu:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN GKP 2.0

Mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan di atas boleh teruskan permohonan seperti di bawah:

  1. Permohonan baru akan dibuka bermula 1-31 Oktober 2020.
  2. Permohonan boleh dibuat di portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my
  3. Sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.
BACA JUGA :  Semakan Online Subsidi Upah Pekerja (PERKESO)

Semakan Status GKP 2.0

BORANG PERMOHONAN GKP ONLINE

Permohonan boleh dilakukan secara online sahaja menerusi pautan yang disediakan LHDNM seperti yang telah kami sediakan di bawah:

Borang Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP)

Ingin kami maklumkan disini, borang permohonan ini diaktifkan pada 1 Mei 2020, jam 900 pagi dan permohonan secara manual tidak akan diterima.

MAKLUMAT TARIKH PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

  • TARIKH DIBUKA : 1 OKTOBER 2020
  • TARIKH DITUTUP: 31 OKTOBER 2020

KADAR BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) YANG DIBERIKAN

  • Geran Khas Prihatin Adalah RM 3,000 sahaja Secara One Off

Semakan Status GKP 2.0 Online

Semakan Status GKP 2.0 1

Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak keputusan permohonan GKP anda bermula pada minggu pertama Jun 2020.

Permohon yang diterima permohonannya akan menerima bayaran dijangka pada bulan Jun 2020.

Semakan status permohonan anda boleh dibuat melalui pautan yang kami sediakan di bawah:

Semakan Keputusan Geran Khas PRIHATIN 

NOTA:

Kaedah pembayaran geran adalah secara kredit ke akaun bank pemohon yang layak dan akaun bank anda mestilah aktif.

KOD ALASAN TIDAK LULUS & DOKUMEN SOKONGAN RAYUAN

Berikut kami sertakan kod alasan tidak lulus dan dokumen yang anda perlukan:

KOD ALASANALASAN TIDAK LULUSDOKUMEN
01Pekerja melebihi 4 orang
  • Borang Pendaftaran Majikan PERKESO /
  • Borang Pendaftaran Pekerja PERKESO /
  • Borang 8A PERKESO /
  • Borang Permohonan Pendaftaran Majikan KWSP /
  • Borang A KWSP /
  • Dokumen sokongan yang berkaitan
03Tiada pendapatan / perniagaan tidak aktifPenyata kewangan tahun berakhir 2018 / 2019
05Jualan melebihi RM300,000Penyata kewangan tahun berakhir 2018 / 2019
04VIP / Individu Berprofil Tinggi
  • Pengakuan pemohon
  • Dokumen sokongan berkaitan
07Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBTSijil pendaftaran perniagaan

Maklumat Lanjut Semakan Status GKP 2.0

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau menghadapi sebarang masalah, sila hubungi:

BACA JUGA :  Semakan Status iSinar KWSP: Kelulusan Automatik 8 Mac Ini

Kesimpulan

Semoga artikel mengenai geran khas prihatin (GKP) ini dapat memberi manfaat kepada anda. Sebar-sebarkan artikel kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

TERIMA KASIH