Semakan Baucer BPN 2.0: Pembayaran Tunai di BSN

Semakan Baucer BPN 2.0: Pembayaran Tunai di BSN

Semakan Baucer BPN 2.0

Apa itu Baucer BPN 2.0?

Anda lulus permohonan BPN tapi akaun bank tidak aktif atau tersilap isi nombor akaun bank ini diistilahkan sebagai GAGAL KREDIT.

Nombor baucer ini anda perlukan untuk mendapatkan bayaran tunai bantuan BPN 2.0 dimana-mana cawangan bank BSN bagi mereka yang menghadapi status GAGAL KREDIT.

Bagaimana nk buat semakan?

Thesumber hari ini dengan artikel Semakan Baucer BPN 2.0: Pembayaran Tunai di BSN kami sediakan khas buat rujukan anda.

Jom baca!

Semakan Baucer BPN 2.0

Berikut langkah-langkah mudah untuk anda mendapatkan nombor baucer  BPN 2.0 anda:

  1. Layari https://bpn.hasil.gov.my
  2. Anda kini berada di bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad di ruangan tertera
  4. Tekan butang Cari
  5. Untuk semakan nombor baucar BPN, anda perlu klik pada ‘Maklumat Pembayaran BPN’
  6. Anda kini sudah masuk ke dalam sistem BPN untuk semakan no baucer
  7. Anda akan lihat maklumat berikut:
  • Nama
  • Fasa
  • Jumlah Bayaran
  • Status Kredit
  • Tarikh Tunai
  • Nama Tunai Bank
  • No Akaun Bank
  • Kod Tidak Berjaya
  • No Baucar

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN BPN 2.0

Untuk makluman anda: bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua fasa ansuran seperti berikut:

  • Fasa 1: Pembayaran dijangka akan dilakukan pada penghujung bulan iaitu 26 OKTOBER 2020
  • Fasa 2: Pembayaran seterusnya dijangka akan dilakukan pada bulan Januari 2020

BPN 2.0: BANTUAN RM1000 (B40) & RM500 (BUJANG B40)

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:

  • Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40;
  • Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;
  • Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan
  • Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang
Read Also :  Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (NADMA) RM100 Sehari

Berikut kami kongsikan pada anda jadual pembayaran bantuan BPN ini:

Semakan Baucer BPN 2.0

NOTIS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) 2.0

Pembayaran BPN 2.0 melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDN kepada BSN

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS di seluruh negara, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Untuk pembayaran secara tunai, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter dan wajib memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di mana-mana ATM rangkaian MEPS dan di kaunter Cawangan BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

Terima kasih.

Kesimpulan Semakan Baucer BPN 2.0

Kami berharap artikel ini dapat membantu anda untuk menuntut pembayaran tunai BPN 2.0 di kaunter bank BSN dengan lebih mudah.

Patuhi SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan dan sama-sama kita memutuskan rantaian Covid-19 ini untuk kesejahteraan negara.

TERIMA KASIH

Ai in everyday life : exploring the applications of artificial intelligence. Q7 : what are some future trends and expert advice in dividend investing ?.