Cara Daftar Akaun SSPN-i.
Anda berminat untuk mendaftar akaun SSPN-i & SSPN-i Plus untuk anak-anak anda? Bagaimana?
Artikel kami di Thesumber hari ini Cara Daftar Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Online membawakan anda panduan mudah buat rujukan mereka yang berminat.
Jom teruskan membaca!
Isi Kandungan
Kenali SSPN-i & SSPN-i Plus
Apa sebenarnya SSPN-i & SSPN-i Plus?
SSPN-i
- Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau singkatan SSPN adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
- Kini SSPN dijenamakan semula sebagai SSPN-i selari dengan skim patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
SSPN-i Plus
- SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
- SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
- SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
SSPN-i berbeza dengan SSPN-i Plus kerana SSPN-i Plus menyediakan skim perlindungan yang lebih meluas dan komitmen bulanan yang tetap.
Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Pakej Intan: RM30 / sebulan
- Pakej Delima: RM50 / sebulan
- Pakej Topas: RM 100 / sebulan
- Pakej Zamrud: RM 200 / sebulan
- Pakej Nilam: RM300 / sebulan
- Pakej Berlian: RM500 / bulan
Cara Daftar Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus
Berikut kami sertakan langkah-langkah untuk mendaftar akaun SSPN-i & SSPN-i Plus:
DAFTAR AKAUN SSPN-i & SSPN-i PLUS ONLINE
- Layari laman web berikut: DAFTAR SSPN-i
- Pilih Pakej pilihan anda contohnya: ‘SSPN-i’ ATAU ‘SSPN-i Plus’
- Isi maklumat peribadi yang diminta dengan lengkap
- Pilih kaedah potongan bayaran: anda boleh memilih cara membuat bayaran bulanan dan menghubungkan akaun bank dengan SSPN
- Baca dan fahami terma dan syarat yang ditetapkan kemudian klik ‘Setuju’
- Buat pembayaran dengan memasukkan minima deposit ke dalam akaun anda. Untuk SSPN-i penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPN-i Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan. Kemudian pilih bank yang disediakan untuk meneruskan proses pembayaran
- Maklumat pengesahan pembukaan akaun akan dipaparkan buat rujukan anda
KELEBIHAN DAFTAR AKAUN SSPN-i
- Simpanan dijamin kerajaan.
- Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.
- Pemberian dividen yang konsisten. SSPN memberikan dividen sebanyak 4% sejak beberapa tahun lepas.
- SSPN menyediakan takaful, pampasan kematian, manfaat penyakit kritikal, khairat kematian dan elaun hospital.
- Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, kepada pendeposit yang mempunyai anak menyambung pengajian di IPT.
- Layak memohon pinjaman PTPTN
- Cabutan dan promosi yang memberikan hadiah lumayan kepada pendeposit.
SEMAKAN PENYATA SSPN-i ONLINE
- Layari portal rasmi PTPTN
- Pilih ‘Semakan Penyata SSPN-i Plus’
- Portal Online SSPN-i Plus (Semakan Penyata)
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap kemudian klik ‘DAFTAR’
- Log masuk menggunakan nombor MyKad pendeposit dan kata laluan untuk semak baki penyata SSPN-i Plus
Maklumat Lanjut Cara Daftar Akaun SSPN-i
Buat rujukan mereka yang berminat berikut adalah pautan untuk soalan lazim berkenaan SSPN-i & SSPN-i Plus:
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai SSPN-i dan SSPN-i Plus anda boleh hubungi:
- Talian hotline SSPN: 03-2193 3000
- Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui Facebook rasmi SSPN di https://www.facebook.com/sspnrasmi/
Kesimpulan Cara Daftar Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus
Semoga artikel kami ini dapat membantu anda menabung dengan bijak untuk anak-anak and. Kongsikan artikel ini dengan ahli keluaraga dan rakan-rakan anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH