Semakan Permohonan Bantuan Ihsan Negeri Johor

Semakan Permohonan Bantuan Ihsan Negeri Johor?

Perhatian kepada semua penduduk negeri Johor khusunya yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak COVID-19, kerajaan negeri Johor ada berita baik untuk anda!

Kerajaan negeri Johor telah mengumumkan Bantuan Ihsan kepada mereka yang berkelayakan!

Semakan Permohonan Bantuan Ihsan Negeri Johor memberikan panduan lengkap yang anda perlukan.

Semakan Permohonan Bantuan Ihsan Negeri Johor

Untuk makluman anda, Bantuan Ihsan COVID-19 Johor adalah inisiatif khas bagi rakyat yang tidak terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) ataupun Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan akan menerima bantuan berjumlah RM250 atau RM500 mengikut kriteria yang ditetapkan. Paling penting pemberian ini turut melibatkan golongan M40 dan juga bukan warganegara Malaysia yang menetap di Johor.

Bantuan ihsan ini merupakan tanda prihatin kerajaan negeri terhadap setiap individu yang hilang pekerjaan atau punca pendapatan ketika waktu yang sukar ini.

Berikut kami kongsikan kepada anda syarat-syarat kelayakan permohonan, tatacara permohonan, dan beberapa lagi maklumat penting yang perlu anda tahu:

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Bagi permohonan yang berjaya, bayaran bantuan akan disalurkan oleh pihak Perbendaharaan Negeri Johor secara Electric Fund Transfer (EFT). Jika tiada akaun bank, bayaran akan dibuat secara tunai melalui Pusat Saluran

Bagi mereka yang ingin menyemak status permohonan bantuan ihsan Johor ini, sila klik pada pautan yang kami sediakan di bawah:

BACA JUGA :  Permohonan dan Semakan Bantuan Yapeim Online

Semakan Status Bantuan Ihsan COVID-19 Johor

SYARAT PERMOHONAN

Pemohon hendaklah mempunyai syarat kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia ATAU bukan warganegara
  2. Menetap di negeri Johor
  3. Berumur 18 tahun ke atas
  4. Mengisi borang dengan lengkap beserta salinan kad pengenalan atau pasport

KUMPULAN SASAR BANTUAN IHSAN COVID-19

  1. Individu atau isi rumah yang tidak menerima sebarang bantuan lain sama ada daripada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.
  2. Individu atau isi rumah yang menerima bantuan sama ada daripada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri tetapi wajar dipertimbangkan untuk bantuan tambahan.
  3. Individu dan isi rumah warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor dan hilang sumber pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.
  4. Individu dan isi rumah bukan warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor dan hilang sumber pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

KADAR BANTUAN 

Kadar Bantuan yang diberikan kepada yang layak adalah sebanyak RM 250 atau RM 500 mengikut kriteria pemohon masing-masing.

NOTA:

  • Pembayaran akan dilakukan oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor melalui Electronic Fund Transfer (EFT).
  • Sekiranya tiada maklumat akaun bank, bayaran secara tunai akan dibuat melalui Pusat Saluran.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN IHSAN COVID-19 

Sekiranya anda tergolong di dalan 4 kumpulan sasar di atas, berikut kami sediakan panduan dan juga borang permohonan untuk bantuan ini:

Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Johor hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati melalui pautan yang kami sediakan di bawah:

Borang Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Johor (Lampiran A)

NOTA:

Permohonan mestilah menggunakan Borang Permohonan sepertimana di Lampiran A.

PUSAT SALURAN UTAMA BANTUAN IHSAN COVID-19 NEGERI JOHOR

Borang yang telah lengkap hendaklah disokong oleh ejen-ejen yang dilantik melalui empat saluran utama iaitu:

BACA JUGA :  Permohonan dan Semakan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Pejabat Menteri Besar

(Contoh Agen yang dilantik)

  • YB Dato’ Zulkurnain Bin Haji Kamisan
  • YB Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy
  • YBhg. Datuk Tee Siew Kiong

Pejabat-pejabat Daerah

  • Penghulu
  • Ketua Kampung

Pihak-pihak Berkuasa Tempatan

  • Ahli Majlis
  • Ketua Jabatan PBT

Pejabat-pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri

  • Pegawai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN)

NOTA:

  1. Setiap Pusat Saluran hendaklah memasukkan semua maklumat borang permohonan ke dalam sistem e-IHSAN Johor.
  2. Untuk pemohon yang telah menerima Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional, maklumat borang permohonan tidak perlu dimasukkan ke dalam sistem e-IHSAN Johor. Borang permohonan tersebut perlu dihantar ke Bilik Gerakan.

CARTA ALIR PROSEDUR PERMOHONAN BANTUAN IHSAN

 

Semakan Permohonan Bantuan Ihsan Negeri Johor

Maklumat Lanjut 

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan Pusat Maklumat Ihsan COVID-19 Johor:

TEL:

  • 07 266 6766

EMEL:

ALAMAT:

  • Bilik i-Speks Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor, Aras 2, Bangunan Dato’
    Abdul Rahman Andak, 79100 Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.

PORTAL:

Kesimpulan

Rakyat negeri Johor yang terkesan kini boleh menarik nafas lega dengan inisiatif kerajaan Johor ingin membantu mereka yang memerlukan.

Semoga artikel ini dapat banyak memberi manfaat.

TERIMA KASIH