Permohonan No Pin & Login ezHasil Kali Pertama Online?
Bagaimana?
Artikel kami hari ini membantu anda menghilangkan segala kekeliruan tentang urusan Login ezHasil kali pertama dan juga tatacara permohonan no pin. Mudah sahaja, semuanya kami rangkumkan disini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Permohonan No Pin & Login ezHasil Kali Pertama Online
Cukai mengikut definisi adalah sebagai satu bentuk pembiayaan yang dibayar oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat itu kepada pemerintah. Terdapat pelbagai jenis cukai iaitu cukai pendapatan, jualan, tanah, pintu dan sebagainya.
Cara pengumpulan cukai serta penggunaan kutipan wang cukai tersebut dikendalikan secara berbeza di setiap negara. Negara kita Malaysia, hal dan urusan yang berkaitan dengan cukai terutamanya cukai pendapatan dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui ezHasil adalah dengan mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran dan dihantar secara online oleh pembayar cukai dengan menggunakan sistem aplikasi e-Filing.
Untuk melengkapkan proses tersebut, para pengguna perlu mengakses ezHASiL serta melengkapkan proses Login ezHasil untuk kali pertama dan membuat permohonan nombor pin.
Laman web ezHASiL adalah laman yang boleh diakses untuk menggunakan semua e-Perkhidmatan yang disediakan oleh LHDNM. Terdapat aplikasi yang memerlukan pengguna untuk log masuk ke ezHasil menggunakan sijil digital terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi tersebut seperti e-Filing.
Ada juga aplikasi yang tidak memerlukan log masuk ke ezHASiL tetapi pengguna perlu membuat pendaftaran menerusi aplikasi itu sendiri sebelum boleh menggunakannya.
PERMOHONAN NO PIN E-FILING
Untuk mendapatkan nombor pin bagi permohonan melibatkan cara yang berbeza untuk kategori Individu dan juga Organisasi:
Permohonan No Pin Individu:
- Permohonan No. PIN boleh didapatkan melalui cawangan LHDNM yang berdekatan dengan anda.
Permohonan No Pin Organisasi
Permohonan No. PIN dapat dibuat dengan menghadiri Cawangan LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) dengan membawa sekali dokumen-dokumen berikut:
- Borang CP55B yang telah lengkap diisikan
- Borang 49, Sekiranya borang CP55B telah ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
- Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat – sekiranya CP55B ditandatangani oleh individu lain selain Pengarah Syarikat.
- Salinan kad pengenalan atau passport Pengarah Syarikat ataupun Wakil Syarikat.
- Pihak ketiga dibenarkan membuat permohonan dengan syarat terdapat kebenaran bertulis dengan menggunakan kepala surat syarikat daripada Wakil Syarikat besama-sama pengenalan diri Wakil Syarikat dan dokumen berikut:
- 1 salinan borang 49 (Iaitu sekiranya borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat)
- Surat Lantikan sebagai wakil pihak syarikat (Sekiranya borang iaitu CP55B ditandatangani oleh individu selain daripada Pengarah Syarikat)
Permohonan No Pin e-Filing Untuk Tempoh (PKP)
- Anda perlu melayari Portal Rasmi LHDNM atau Portal Maklum Balas Pelanggan
- Kemudian klik pada Permohonan > Permohonan No PIN
- Seterusnya anda perlu lengkapkan permohonan
- Akhir sekali anda akan menerima 16 Digit No PIN
LOGIN EZHASIL KALI PERTAMA
Setelah mendapatkan No. Pin, pengguna boleh terus ke aplikasi ezHASiL seperti dinyatakan di atas dan terus ke fungsi Login Kali Pertama.
Ini bagi memastikan pengguna mendapat sijil digital sama ada individu mahupun organisasi.
Layari laman web rasmi seperti pautan yang kami sediakan di bawah dan klik pada ‘Login Kali Pertama’
Sila lengkapkan ruangan kosong dengan maklumat-maklumat yang diperlukan termasuklah nombor pin yang telah diperoleh serta nombor kad pengenalan pengguna:
Kemudian klik Hantar untuk menghantar permohonan anda.
MANUAL PENGGUNA LOGIN KALI PERTAMA ezHASiL
Untuk butiran lebih terperinci mengenai langkah-langkah membuat login kali pertama, rujuk panduan pengguna:
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai ezHASiL Login Kali Pertama Dan Permohonan No Pin ini boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi LHDN seperti berikut:
- Telefon : 1-800-88-5436
- Twitter : @LHDNMOfficial
- Facebook: Laman Facebook Rasmi LHDN
- Portal Rasmi: Laman Web Rasmi LHDN
Kesimpulan
Semoga perkongsian artikel kami hari ini memberi manfaat kepada mereka yang ingin berurusan dengan ezHasil khususnya mereka yang ingin membuat permohonan no pin dan login kali pertama di ezHasil.
Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
TERIMA KASIH.