Senarai Majikan Lulus Subsidi Upah PERKESO [Semakan Online]

Senarai Majikan Lulus Subsidi Upah PERKESO.

Bagaimana caranya untuk anda buat semakan ini secara online?

Jangan risau, Thesumber kali ini membawakan anda panduan khas Senarai Majikan Lulus Subsidi Upah PERKESO [Semakan Online] untuk mempermudahkan urusan anda untuk membuat semakan samada majikan anda lulus ataupun tidak.

Mudah sahaja.

Jom baca!

Senarai Majikan Lulus Subsidi Upah PERKESO

Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam adalah lebih baik sekiranya anda dapat memahami perbezaan di antara Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan juga Program Subsidi Upah (Wage Subsidy).

Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)

  • ERP adalah bantuan kewangan segera (immediate financial assistance) sebanyak RM 600 sebulan kepada pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji.
  • Program ini adalah untuk membantu pekerja yang diberikan notis cuti tanpa gaji (CTG) oleh majikan mereka yang terpaksa mengurangkan kos operasi akibat perniagaan yang terjejas kerana COVID-19.
  • Program ini telah bermula pada 1 Mac 2020 sehingga ke tarikh yang akan ditentukan oleh kerajaan/PERKESO kelak.
  • Tempoh bantuan yang diberikan adalah antara 1 hingga 6 bulan berdasarkan tempoh notis CTG daripada majikan.

Senarai Majikan Lulus Subsidi Upah PERKESO [Semakan Online]

Program Subsidi Upah (Wage Subsidy)

  • Program ini adalah satu bentuk bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan ke atas setiap pekerja tempatan yang berpendapatan RM 4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja (atau tertakluk kepada tempoh yang akan diumumkan kemudian jika ada)
  • Jumlah subsidi adalah antara RM 600 hingga RM 1,200 bagi setiap pekerja bergantung kepada saiz perusahaan majikan.
  • Tujuan program ini adalah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan serta punca pendapatan.
BACA JUGA :  Panduan Semak Baki PTPTN Dengan SMS & Online

Senarai Majikan Lulus Subsidi Upah PERKESO [Semakan Online]

JENIS SYARIKAT YANG TERLIBAT

Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:

Senarai Majikan Lulus Subsidi Upah PERKESO [Semakan Online]

CARA SEMAK SENARAI MAJIKAN YANG LULUS

Untuk semakan senarai majikan yang lulus program ini, anda boleh layari pautan yang kami sediakan di bawah:

https://prihatin.perkeso.gov.my/psu/

  • Masukkan nama syarikat anda di ruang ‘Search’
  • Kemudian klik untuk menyemak samada majikan anda ‘lulus’ atau ‘tidak’

Semakan Online Senarai Majikan Yang Lulus

KAEDAH PEMBAYARAN 

Bayaran subsidi akan dikreditkan kepada akaun majikan dalam tempoh 7-14 hari dari tarikh kelulusan.

Majikan perlu membayar gaji pekerja yang terlibat seperti biasa.

Jika pekerja tidak menerima gaji walaupun majikan menerima subsidi, maka pekerja boleh membuat aduan kepada pihak PERKESO.

SEMAKAN ONLINE SUBSIDI UPAH PEKERJA (PERKESO)

Berikut ialah langkah-langkah unbut buat semakan subsidi upah pekerja:

  1. Layari https://psu.perkeso.gov.my
  2. Anda akan lihat PERMOHONAN BULAN PERTAMA dan SEMAKAN PERMOHONAN
  3. Semakan Online Subsidi Upah Pekerja (PERKESO)
  4. Klik ‘SEMAKAN PERMOHONAN’
  5. Masukkan Nombor Rujukan yang anda perolehi semasa buat pendaftaran
  6. Masukkan alamat E-Mel yang didaftar semasa membuat permohonan.
  7. Kemudian klik pada butang Cari
  8. Anda akan dapat melihat status permohonan PSU.

GOLONGAN YANG TIDAK LAYAK WAGE SUBSIDY

PERKESO telah memaklumkan bahawa program ini bukan untuk semua pekerja.

Berikut senarai mereka yang tidak layak menerima bantuan ini:

  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum denganSIP PERKESO;
  • Pekerja yang sama yang telah mendapat bantuan kewangan ERPpada bulan yang sama;
  • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), pekerja asing dan pegawai dagang;
  • Mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers; dan
  • Pekerja asing dan pegawai dagang.
BACA JUGA :  Semak Status Kelayakan Pinjaman Peribadi BSN Online 2020

Maklumat Lanjut Senarai Majikan Lulus Subsidi Upah PERKESO

Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh:

Kesimpulan Senarai Majikan Lulus Subsidi Upah PERKESO

Kami dari TheSumber berharap perkongsian ini dapat membantu meringankan beban majikan yang layak untuk membuat permohonan Program Subsidi Gaji ini. Kongsikan artikel ini untuk membantu mereka yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!