Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Secara Online

Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Secara Online

Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Secara Online?

Anda ingin tahu cara buat semakan penyata pencen pesara dengan mudah?

Kami sediakan artikel Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Secara Online sebagai panduan untuk memudahkan urusan anda dan menjimatkan masa serta tenaga.

Macam mana?

Jom teruskan baca!

Isi Kandungan

Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Secara Online

Buat pengetahuan anda, bermula 1 November 2015 yang lalu , kerajaan telah melantik Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] sebagai ejen bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Antara tugasan yang dilaksanakan KWAP adalah merangkumi:

  • Pengurusan dokumentasi fail persaraan
  • Pengiraan faedah persaraan
  • Bayaran faedah persaraan
  • Perkhidmatan hidmat pelanggan.

Walau bagaimanapun, hal yang berkaitan dasar berkaitan persaraan serta kelulusan faedah persaraan masih kekal diuruskan Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA.

Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula merupakan sebuah portal yang diwujudkan khas untuk semua penjawat awam, pesara dan orang awam. Antara fungsi yang disediakan adalah semakan penyata pencen secara online.

PERKHIDMATAN LAIN YANG DISEDIAKAN DI APLIKASI JPA PENCEN

Terdapat banyak perkhidmatan lain yang disediakan di aplikasi atas talian apps jpapencen selain menyemak penyata pencen, iaitu:

  1. Pemakluman Pembayaran Faedah Persaraan
  2. Semakan Status Permohonan Persaraan
  3. Bantuan Mengurus Jenazah
  4. Semakan Persaraan Pilihan
  5. Semakan Pemberian Taraf Berpencen
  6. Semakan Kelulusan Faedah Bersaraan
  7. Semakan Pindaan Potongan
  8. Cetakan Surat Kelulusan Skim A Berwakil

Bagi yang berminat, berikut kami sediakan panduan semakan pencen online:

LANGKAH-LANGKAH SEMAK PENYATA PENCEN ONLINE

LANGKAH 1:

Read Also :  Semakan Temuduga Guru One-Off (SPP) Fasa 2 Online

Layari laman portal rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA seperti yang kami sediakan di bawah:

http://www.jpapencen.gov.my/.

LANGKAH 2:

Setelah masuk halaman portal, lihat di sebelah kiri halaman yang memaparkan Aplikasi dan klik pada butang ‘Cetakan Penyata Pencen’

Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Secara Online

LANGKAH 3:

Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan, nombor akaun pencen dan pilih tahun dikehendaki pada paparan yang disediakan seperti di bawah:

Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Secara Online

LANGKAH 3:

Akhir sekali, klik pada petak ‘I’m not a robot’ dan klik lagi pada butang ‘Hantar’. Kemudian, maklumat penyata pencen anda akan dipaparkan.

Selesai! Mudah sahaja bukan?

MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PESARA

Untuk makluman anda, berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh para pesara:

1. Pesara perlu memaklumkan Bahagian Pencen JPA dengan segera sekiranya berlaku:

  • pertukataran alamat; dan
  • perubahan status perkahwinan sebagai contoh perceraian, perkahwinan semula dan kematian suami/isteri

2. Sekiranya pesara atau penerima pencen meninggal dunia, sila kemukakan dengan segera borang JPA.BP.SPT.B01d (Borang Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan)

3. Pesara yang hendak keluar negara bagi tempoh lebih dari tiga (3) bulan TIDAK perlu lagi memohon untuk
pengecualian syarat bermastautin di Malaysia

4. Pesara dinasihatkan agar menghubungi Jabatan terakhirnya untuk memastikan sebarang perubahan gaji akhir akibat dari pergerakan gaji atau kenaikan pangkat dimaklumkan segera kepada Bahagian Pencen JPA dengan mengemukakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini agar tindakan penghitungan semula faedah persaraan boleh dilakukan.

5. Sekiranya pesara/penerima pencen berpindah tempat tinggal atau nombor akaun bank pesara/penerima pencen sudah bertukar disebabkan kehilangan atau ingin menukar akaun di bank lain, sila maklumkan DENGAN SEGERA kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dengan mengembalikan borang permohonan yg lengkap beserta salinan dokumen yang berkenaan serta alamatkan di alamat berikut:

Read Also :  Semakan BKC FASA 2: Tarikh Bayaran (Miskin Tegar/B40/M40)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.

ATAU;

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan),
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor.

Maklumat Lanjut Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Secara Online

Sebarang maklumat lanjut yand anda perlukan sila hubungi mereka di:

Kesimpulan

Kongsikan artikel ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain bagi memudahkan urusan mereka yang ingin membuat semakan pencen secara online.

TERIMA KASIH