Semakan BKC FASA 2.
Semakan bayaran Bantuan Khas Covid Fasa 2 akan bermula pada November ini.
Anda boleh mula membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima serta tarikh bayaran akan dikreditkan kepada mereka yang layak mengikut kategori.
Anda inginkan maklumat lanjut?
Thesumber hari kongsikan dengan anda informasi Semakan BKC FASA 2: Tarikh Bayaran (Miskin Tegar/B40/M40) sebagai rujukan anda.
Jom baca.
Isi Kandungan
Semakan BKC FASA 2: Tarikh Bayaran (Miskin Tegar/B40/M40)
Berikut merupakan perkongsian mengenai Bantuan Khas Covid-19 (BKC) buat rujukan anda:
SENARAI KATEGORI BANTUAN KHAS COVID-19 (BUJANG)
3 kategori penerima yang akan menerima bantuan BKC PEMULIH adalah:
- Miskin Tegar
- B40
- M40
SEMAKAN KATEGORI ISI RUMAH
- Isi Rumah kategori Miskin Tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan September (Fasa 1), RM500 pada bulan November (Fasa 2), dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).
- Isi Rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
- Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan September (Fasa 1)
SEMAKAN KATEGORI BUJANG MISKIN TEGAR
- Mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, Bujang Miskin Tegar yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,500 ke bawah(Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021).
- Kadar bantuan BKC adalah sebanyak RM500
- Bayaran BKC Fasa Pertama sebanyak RM200 dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bermula pada 6 September 2021.
- Bayaran BKC Fasa Kedua sebanyak RM300 pula akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima pada bulan November 2021.
NOTA:
Tarikh sebenar pembayaran akan dimaklumkan nanti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri nanti
SEMAKAN KATEGORI B40 BUJANG BKC
- Mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, Bujang Miskin Tegar yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,500 ke bawah(Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021).
- Kadar bantuan BKC adalah sebanyak RM200
- Bayaran BKC hanyalah pada Fasa Pertama sahaja sebanyak RM200 dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bermula pada 6 September 2021.
SEMAKAN KATEGORI M40 BUJANG BKC
- Mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, Bujang Miskin Tegar yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,501 hingga RM5,000 (Berdasarkan pelaporan cukai pendapatan).
- Kadar bantuan BKC adalah sebanyak RM100
- Bayaran BKC hanyalah pada Fasa Pertama sahaja sebanyak RM100 dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bermula pada 6 September 2021.
CARA SEMAK BANTUAN KHAS COVID (BKC) FASA 2 ONLINE
Berikut kami kongsikan cara semak bantuan khas covid untuk kategori bujang:
- Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI BANTUAN KHAS COVID-19
- Kemudian klik ‘Log Masuk’ atau ‘Semakan Status’
- Isikan nombor kad pengenalan anda
- Selepas itu, buat pengesahan ‘Kata Kunci Keselamatan’
- Masukkan ‘Kata Laluan’ yang anda daftarkan
- Akan diberikan paparan maklumat seperti berikut:
- Status Permohonan
- Amaun Keseluruhan Diterima
- Maklumat Pembayaran
- Paparan Borang
JUMLAH BAYARAN BANTUAN KHAS COVID (BKC) FASA 2 2021
Kategori Penerima | Jumlah Bayaran Isi Rumah | Jumlah Bayaran Bujang |
Miskin Tegar | RM1300 | RM500 |
B40 | RM800 | RM200 |
M40 | RM250 | RM100 |
Tarikh bayaran bantuan pula adalah seperti berikut:
Kategori Penerima | Bulan September | Bulan November | Bulan Disember |
Isi Rumah Miskin Tegar | RM500 | RM500 | RM300 |
Bujang Miskin Tegar | RM200 | RM300 | – |
Isi Rumah B40 | RM500 | – | RM300 |
Bujang B40 | RM200 | – | – |
Isi Rumah M40 | RM250 | – | – |
Bujang M40 | RM100 | – | – |
Maklumat Lanjut Semakan BKC FASA 2
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:
Semoga perkongsian kami ini memudahkan urusan semakan permohonan dan status bayaran bantuan Covid anda.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH