Jadual Perjalanan Rentas Negeri Mulai 7-10 Mei

Jadual Perjalanan Rentas Negeri Mulai 7-10 Mei

Jadual Perjalanan Rentas Negeri Mulai 7-10 Mei?

Adakah anda berada di kampung halaman sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan ingin pulang ke rumah atas urusan kerja dan sebagainya?

Kini anda boleh pulang ke rumah masing-masing mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak polis diraja malaysia.

Jom teruskan membaca artikel kami!

Jadual Perjalanan Rentas Negeri Mulai 7-10 Mei

Mereka yang terkandas dikampung akhirnya diberikan kebenaran untuk pulang mulai 7 Mei ini!

Jadual Perjalanan Rentas Negeri Mulai 7-10 Mei

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Bagi memastikan perjalanan ekonomi negara semakin stabil, kerajaan mengambil keputusan untuk memberikan sedikit kelonggaran kepada sektor ekonomi yang sebelum ini ditutup semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Tujuan kerajaan memberi kelonggaran bersyarat itu adalah untuk menggerakkan kembali ekonomi negara selepas mengalami kerugian RM2.4 bilion sehari sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

JADUAL PERJALANAN RENTAS NEGERI 

Menurut sumber yang kami dapatkan daripada laman web rasmi Polis Diraja Malaysia, penetapan tarikh empat hari mulai Khamis (7 Mei) hingga Ahad (10 Mei) ini, bagi membolehkan orang ramai yang terkandas membuat perjalanan rentas negeri, kembali ke kediaman masing-masing dari seluruh negara.

Sila pastikan dengan teliti jadual di bawah:

TARIKH PERJALANAN MENGIKUT NEGERI

  1. Khamis (7 Mei) khusus untuk orang ramai terkandas diKuala Lumpur pulang ke kediaman di negeri lain seluruh negara.
  2. Jumaat (8 Mei) diperuntukkan untuk mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan menuju ke destinasi masing-masing terutama di Kuala Lumpur.
  3. Sabtu (9 Mei) dikhususkan kepada mereka yang bergerak dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.
  4. Ahad (10 Mei), dikhususkan kepada mereka yang berada di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Read Also :  Structured Settlement Funding Companies Elite

PERMOHONAN UNTUK PULANG KE RUMAH DARI KAMPUNG

Berikut kami kongsikan kepada anda beberapa cara untuk anda membuat permohonan untuk pulang ke rumah masing-masing:

PERMOHONAN RENTAS NEGERI ONLINE (APLIKASI ‘GERAK MALAYSIA’)

Aplikasi yang masih berada di dalam kajian awal pihak berkuasa ini merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi rakyat Malaysia untuk memudahkan rakyat Malaysia mendaftar permohonan pulang ke kediaman masing-masing.

Antara fungsi aplikasi ‘Gerak Malaysia’ ini adalah:

  1. Membantu kerajaan dan pihak polis dalam memerhati pergerakan yang bakal dilakukan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan masih berlangsung.
  2. Menyimpan rekod perjalanan setiap individu yang memohon.
  3. Memudahkan proses penjejakan semula sekiranya berlaku penularan wabak dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, anda tidak perlu menunggu kelulusan sekiranya anda menggunakan aplikasi ini.

Polis akan mendapat akses maklumat pemohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia.

MUAT TURUN APLIKASI ‘GERAK MALAYSIA’

Berikut merupakan pautan melalui Android atau IOS yang kami sediakan untuk anda memuat turun aplikasi ini:

Jadual Perjalanan Rentas Negeri Mulai 7-10 Mei

PERMOHONAN RENTAS NEGERI (MANUAL)

Bagi sesiapa yang tiada kemudahan telefon pintar dan pelbagai masalah lain yang menyebabkan anda tiada akses untuk membuat permohonan online, anda boleh membuat permohonan secara manual di balai polis berhampiran:

Muat Turun Borang Rentas Negeri

Rakyat di Semenanjung boleh memuat turun borang kebenaran rentas negeri menerusi Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Borang itu kemudian perlu dicetak dan diserahkan kepada balai berdekatan untuk kelulusan.

Kelulusan akan diberi pada hari sama borang itu diserahkan. Klik pautan yang kami sediakan di bawah untuk memuat turun borang:

Read Also :  Car Crash Lawyers

NOTA:

Anda dinasihatkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu kerana untuk mengelakkan kesesakan di balai polis berlaku.

Kesimpulan 

Semoga artikel ini dapat memberikan maklumat yang terbaik untuk anda. Selamat pulang ke rumah masing-masih dan berhati-hati ketika memandu di jalan raya!

Kongsi-kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

Q7 : what are some future trends and expert advice in dividend investing ?.