Pada zaman teknologi yang serba canggih sekarang, apa – apa urusan pun boleh dibuat secara atas talian (online). Pada artikel kali ini, kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh membuat pembaharuan (renewal) permit pembantu rumah anda ataupun majikan dengan mudah secara online tanpa menggunakan khidmat ejen.Cara renew permit pembantu rumah myeg
Renew Permit Dengan MYEG
Apa itu MYEG? untuk pengetahuan para pembaca sekalian, MYEG ini merupakan satu portal yang disediakan untuk kemudahan orang ramai. Antara perkhidmatan yang di sediakan oleh pihak MYEG adalah :
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Semakan kejara
- Menyemak dan bayar saman JPJ
- Memperbaharui Insurans Kenderaan Anda
- Memperbaharui Cukai Jalan
- Pemohonan Lesen (LDL) ataupun Lesen Belajar memandu
Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
- Membuat semakan dan membayar saman PDRM
- Sistem pembelian Sistem kemalangan
Jabatan Imigresen Malaysia
- Memperbaharui Insurans Pekerja Asing
- Memperbaharui Permit Pekerja Asing
- Memperbaharui Permit Pembantu Rumah
- Program Rehiring Pendatang Asing Tanpa Izin
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Menyemak atau membayar saman atau kompoun
- Menyemak dan membayar Cukai Taksiran
- Menyemak dam memperbaharui lesen, Seperti lesen Premis, Penjaja, Iklan dan lain-lain.
Jabatan Insolvensi Malaysia
- Carian status kebankrapan
- carian status pembubaran syarikat
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Gantian cip kad pengenalan atau kad pengenalan rosak, hilang dan lain-lain lagi.
Zakat Individu
- Semakan dan bayaran zakat individu.
CTOS
- Semakan status CTOS secara Online
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Carian dan semakan syarikat
Keperluan Pembaharuan Permit Pembantu Rumah
Sebelum anda hendak memulakan proses renew permit pembantu rumah menggunakan perkhidmatan MYEG, anda perlulah mempunyai akaun dengan MYEG dahulu, untuk membuat akaun, Anda boleh melayari laman web berikut https://www.myeg.com.my/register. Berikut merupakan tampilan laman web pendaftaran MYEG
Untuk melengkapkan proses pendaftaran akaun MYEG, Anda haruslah memasukkan maklumat seperti, ID pengguna, Kata Laluan dan emel anda untuk maklumat akaun. Manakala untuk langkah seterusnya, anda perlu memasukkan maklumat peribadi anda seperti, Nama penuh anda, Jantina, no kad pengenalan anda dan lain-lain seperti gambar di bawah. setelah anda telah mengisi kesemua keperluan tersebut. Isi captcha, tandakan pada ruangan saya dengan ini bersetuju dan membenarkan pemprosesan data peribadi oleh MYEG Services Berhad, dan Klik pada Butang Hantar.
Cara Renew Permit Pembantu Rumah Dengan MYEG
Setelah selesai dengan proses pendaftaran akaun MYEG, Kini anda boleh meneruskan dengan Login ke akaun MYEG anda.Sebelum renew permit pembantu rumah anda, Pastikan anda semak jadual pemeriksaan FOMEMA mengikut tahun perkhidmatan pembantu rumah anda seperti di bawah.
Berikut kami terangkan bagaimana cara untuk anda memperbaharui permit pembantu rumah anda.
- login ke akaun MYEG anda di https://www.myeg.com.my/
- Masukkan maklumat Username dan Password anda semasa proses pendaftaran sebelumnya
- Kemudian Pilih pada Jabatan Imigresen Malaysia
- Kemudian pilih pada pilihan pembaharuan permit pembantu rumah
- Kemudian, anda perlu mengisi maklumat pembantu rumah anda di ruangan yang disediakan seperti di dalam gambar dan tekan butang proceed
- Seterusnya, pastikan anda semak maklumat yang anda masukkan sebelumnya. Jika betul tekan butang Proceed
- Setelah semuanya selesai, anda dikehendaki memilih lokasi untuk pungutan permit yang sudah siap di proses dan sedia untuk di hantar kepada anda.Terdapat 2 jenis kaedah yang boleh anda pilih, Samaada pungutan di pejabat MYEG di Bandar Utama atau melalui pos kealamat yang anda tetapkan.Jika anda memilih pilihan penghantaran pastikan passport pembantu rumah anda ada bersama untuk wakil daripada MYEG membuat tampalan pelekat permit pada passport pembantu rumah anda.
- Jika anda memilih untuk penghantaran, sila masukan maklumat alamat anda untuk tujuan penghantaran
- Manakala, Jika anda memilih untuk pungutan di pejabat MYEG Bandar Utama, sila pilih pada pejabat MYEG.
- Setelah anda selesai dengan pilihan anda, Sila klik pada butang PROCEED untuk meneruskan ke bahagian pembayaran. Terdapat pelbagai pilihan pembayaran antaranya adalah dengan menggunakan kad kredit, dan menggunakan pembankan internet.
- Setelah selesai dengan pembayaran, Pihak MYEG akan memproses permohonan pembaharuan permit pembantu rumah anda dalam 7hari waktu bekerja.
Kami berharap dengan perkongsian kami ini, Dapat memudahkan urusan renew permit pembantu rumah anda, Sila kongsikan artikel ini pada rakan – rakan dan keluarga anda. Terima Kasih