Cara Semak Nombor Perkeso Guna IC Online (Nombor SOCSO)

Cara Semak Nombor Perkeso Guna IC Online (Nombor SOCSO)

Cara Semak Nombor Perkeso.

Masih ada yang keliru apa itu PERKESO dan SOCSO?

Kenapa penting untuk kita tahu akan keistimewaan dan faedah yang ditawarkan PERKESO ini?

Banyak tanda tanya dan anda masih keliru?

Jangan risau, Thesumber prihatin dengan situasi anda dan untuk itu kami kongsikan informasi di dalam artikel kami hari ini Cara Semak Nombor Perkeso Guna IC Online (Nombor SOCSO) untuk rujukan anda.

Jom baca!

Apa Itu PERKESO/SOCSO?

Untuk makluman anda, PERKESO ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial manakala dalam Bahasa Inggeris nya adalah SOCSO pula Social Security Organisation. Ini bermakna PERKESO dan SOCSO adalah perkara yang sama.

Pekerja yang termaktub di bawah Akta Keselamatan Kerja Sosial 1969 adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.

Pentingnya PERKESO ini kerana pertubuhan ini memberikan perlindungan keselamatan sosial (kemalangan di tempat kerja atau jatuh sakit) kepada pekerja dan ahli tanggungan mereka (melalui pencen sekiranya berlaku kematian)

3 jenis skim bantuan yang ditawarkan PERKESO adalah seperti berikut:

  • Skim Bencana Pekerjaan
  • Skim Keilatan
  • Skim Bencana Kerja Pekerja Asing

Jadi anda dah ada nombor perkeso ataupun tak? Macam mana nak semak?

Jom teruskan bersama kami.

Read Also :  Tarikh Bayaran BPN 2.0 Pada 26 Oktober 2020 & Semakan Status

Cara Semak Nombor Perkeso Guna IC Online (Nombor SOCSO)

Cara Semak Nombor Perkeso Guna IC Online (Nombor SOCSO)

Nak semak nombor PERKESO ni mudah sahaja, ada 3 cara yang anda boleh gunakan seperti di bawah:

SEMAK NOMBOR PERKESO GUNA IC

Untuk makluman anda, Nombor ahli PERKESO anda adalah nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Contohnya, nombor kad pengenalan anda: 900123-05-6789 makanya itu adalah nombor PERKESO anda.

SEMAK NOMBOR PERKESO GUNA SLIP GAJI

Anda juga boleh membuat semakan nombor PERKESO ini menggunakan slip gaji dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Anda boleh semak pada butiran di slip gaji akan dipaparkan ‘Nombor SOCSO’
  • Sekiranya ini merupakan kerja pertama anda, anda perlu merujuk kepada supervisor atau bahagian kerja tempat kerja anda terlebih dahulu.

SEMAK NOMBOR PERKESO MELALUI TALIAN KHIDMAT PELANGGAN

Anda juga boleh terus membuat semakan dengan cara menghubungi talian khidmat pelanggan PERKESO 1-300-22-8000 untuk rujukan informasi yang lebih lanjut.

Masa operasi talian khidmat pelanggan adalah Isnin hingga Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Kesimpulan Cara Semak Nombor Perkeso

Sebarang informasi tambahan anda boleh rujuk: SOALAN LAZIM PERKESO

Semoga perkongsian kami ini dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna yang ingin berurusan dengan pihak PERKESO.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Is the carnivore diet heart healthy ?. 연차 수당은 근로자가 회사에 연차 수당 청구서를 제출하면 지급됩니다.