Pengaktifan i-Akaun KWSP Online
Sistem atas talian/online KWSP membantu pengguna untuk membuat urusan dengan lebih mudah dan pantas.
Bagaimana?
Thesumber dengan artikel Pengaktifan i-Akaun KWSP Online 2020 membawakan anda panduan mudah cara untuk mengaktifkan dan mendaftar i-Akaun KWSP anda secara online.
Jom baca!
Isi Kandungan
Pendaftaran i-Akaun KWSP Online Memudahkan Pengguna
Antara kelebihan yang bakal diperolehi oleh ahli adalah boleh melakukan semua urusan ini secara atas talian atau online sahaja:
- Kemaskini profil peribadi
- Semak status penamaan
- Semak kelayakan pengeluaran
- Daftar simpanan shariah
- Semak penyata KWSP
- Semak rekod caruman
Pengurusan secara atas talian/online ini sudah semestinya menjimatkan masa anda untuk membuat apa-apa urusan dengan KWSP. Semuanya hanya di hujung jari.
Pengaktifan i-Akaun KWSP Online 2020
Berikut kami kongsikan langkah-langkah untuk anda mengaktifkan i-Akaun KWSP anda:
BORANG PENDAFTARAN i-AKAUN KWSP ONLINE
Anda sebagai ahli KWSP boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat [email protected] berserta dokumen-dokumen sokongan di bawah:
- Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel
- Lampiran MyKad (depan dan belakang)
- Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
- Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau
- Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
- Salinan Buku / Penyata Akaun Bank Simpanan / Semasa yang aktif milik Ahli
NOTA:
Jika pengesahan berjaya, anda akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli).
Anda perlu membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.
CARA AKTIFKAN i-AKAUN KWSP
Langkah-langkah pengaktifan i-Akaun KWSP anda adalah seperti berikut:
- Layari laman web rasmi KWSP: kwsp.gov.my
- Klik pada icon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
- Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
- Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
- Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.
Kesimpulan Pengaktifan i-Akaun KWSP Online
Semoga artikel kami ini dapat membantu anda membuat urusan dengan KWSP lebih mudah dan menjimatkan masa.
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Patuhi SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda negara.
TERIMA KASIH