Permohonan Bantuan Perniagaan JOPAC 2021 Secara Online

Permohonan Bantuan Perniagaan JOPAC 2021 Secara Online

Permohonan Bantuan Perniagaan JOPAC.

Bantuan Keusahawan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services (JOPAC) 2021 adalah satu program inisiatif khas kerajaan negeri Johor untuk membantu rakyat Johor dibawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).

Bantuan perniagaan ini pastinya dapat memberi banyak manfaat kepada rakyat negeri Johor yang ingin meningkat dan menstabilkan ekonomi keluarga mereka. Usahawan-usahawan diberikan peluang untuk memasarkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih menyakinkan.

Justeru itu, Thesumber dengan artikel Permohonan Bantuan Perniagaan JOPAC 2021 (Bantuan Keusahawan Bangsa Johor) kami sediakan khas buat usahawan yang berminat sebagai panduan untuk membantu perniagaan anda.

Jom baca!

Isi Kandungan

Apa Itu JOPAC?

Untuk makluman anda, JOPAC adalah ruang dan peluang perniagaan yang dibuka kepada usahawan yang menghasilkan produk makanan dan selain daripada produk makanan.

Usahawan-usahawan di bawah JOPAC yang layak akan menerima bantuan keusahawanan untuk menambah pengeluaran produk mereka dan produk-produk tersebut akan dihantar melalui perkhidmatan runner JOPAC bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan penghantaran.

MATLAMAT PELAKSANAAN JOPAC

  • Meningkatkan ekonomi kumpulan sasar melalui peluang-peluang perniagaan dan aktiviti menjana pendapatan menerusi penggunaan teknologi terkini.
  • Mewujudkan komuniti perniagaan secara atas talian yang lebih cepat, mudah, tidak memerlukan modal yang besar serta mengikut trend semasa bagi membantu rakyat menguruskan kos sara hidup dan akhirnya mampu bergerak seiring pertumbuhan ekonomi.
  • Menggalak kumpulan sasar dari pelbagai peringkat umur untuk turut sama dalam menggembeling tenaga dan membantu antara satu sama lain dalam mewujudkan platform atau pertemuan dalam menjalankan perniagaan khususnya bagi peniaga secara home-based.
  • Memupuk semangat keusahawanan di kalangan peserta, berdisiplin dan saling bekerjasama antara satu sama lain.
Read Also :  Permohonan Bantuan Tunai Rakyat

Permohonan Bantuan Perniagaan JOPAC 2021 (Bantuan Keusahawan Bangsa Johor)

Permohonan Bantuan Perniagaan JOPAC

Berikut kami kongsikan dengan anda syarat permohonan, cara permohonan bantuan perniagaan Johor sebagai panduan:

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN JOPAC 2021

Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur 18 tahun ke atas.
  3. Keutamaan permohonan diberikan kepada golongan sasar iaitu B40, ibu tunggal, wanita berpendapatan rendah, belia, dan ketua keluarga.
  4. Pemohon digalakkan sudah menjalankan perkhidmatan penghantaran (runner) dan mempunyai semangat ingin meningkatkan pendapatan keluarga.
  5. Pemohon mempunyai kenderaan sendiri.
  6. Pemohon memiliki lesen memandu (B2, D).

NOTA:

Peringatan buat pemohon bahawa borang dan dokumen permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

CARA PERMOHONAN BANTUAN PERNIAGAAN JOPAC 2021

Permohonan JOPAC 2021 telah dibuka dan akan ditutup pada 6 Mei 2021.

Bagi mereka layak membuat permohonan boleh ikuti cara permohonan di bawah:

  1. Pemohon perlu mengisi: BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERNIAGAAN JOHOR JOPAC 2021
  2. Baca dan teliti syarat kelayakan permohonan kemudian klik ‘Next’
  3. Isi kesemua maklumat di dalam borang permohonan dengan LENGKAP dan klik ‘Submit’ untuk menghantar permohonan anda.

NOTA PENTING:

Pemohon perlu mengisi maklumat dengan menggunakan huruf besar dan menyertakan sekeping gambar berukuran passport dan satu salinan kad pengenalan diri.

Maklumat Lanjut Bantuan Perniagaan JOPAC 2021

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan perniagaan ini anda boleh hubungi Unit Projek Sosial dan Keusahawanan YPKDT di:

Kongsikan manfaat artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucpapkan.

TERIMA KASIH

When to harvest chamomile. 연차 수당은 근로자가 회사에 연차 수당 청구서를 제출하면 지급됩니다.