BPN 2.0: Permohonan Subsidi Upah PERKESO 2.0

BPN 2.0: Permohonan Subsidi Upah PERKESO 2.0

BPN 2.0: Permohonan Subsidi Upah PERKESO 2.0?

Kerajaan sekali lagi memperkenalkan rakyat dengan Program Subsidi Upah PERKESO versi 2.0! Apa syarat-syarat kelayakannya kali ini?

Jangan risau! Kami ada jawapannya!

Teruskan membaca BPN 2.0: Permohonan Subsidi Upah PERKESO 2.0 artikel ini untuk panduan yang lebih lengkap!

BPN 2.0: Permohonan Subsidi Upah PERKESO 2.0

TERKINI!

Untuk makluman anda, bagi memastikan golongan tidak layak menerima Program Subsidi Upah kerana tidak menepati syarat kelayakan berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 April 2020 ini tidak tertinggal, Program Subsidi Upah 2.0 akan dibuka untuk syarikat yang berdaftar dengan PERKESO sehingga 31 Ogos 2020.

Bagi permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah, mereka akan layak menerima subsidi upah sehingga 6 bulan.

Pelaksanaan Program Subdisi Upah 2.0 ini dijangka memanfaatkan 1.3 juta pekerja dan melibatkan peruntukan sebanyak RM 2.4 billion.

Permohonan Subsidi Upah PERKESO 2.0

Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam adalah lebih baik sekiranya anda dapat memahami perbezaan di antara Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan juga Program Subsidi Upah (Wage Subsidy).

Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)

  • ERP adalah bantuan kewangan segera (immediate financial assistance) sebanyak RM 600 sebulan kepada pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji.
  • Program ini adalah untuk membantu pekerja yang diberikan notis cuti tanpa gaji (CTG) oleh majikan mereka yang terpaksa mengurangkan kos operasi akibat perniagaan yang terjejas kerana COVID-19.
  • Program ini telah bermula pada 1 Mac 2020 sehingga ke tarikh yang akan ditentukan oleh kerajaan/PERKESO kelak.
  • Tempoh bantuan yang diberikan adalah antara 1 hingga 6 bulan berdasarkan tempoh notis CTG daripada majikan.
Read Also :  Do I Need Home Emergency Cover On Home Insurance

Permohonan Subsidi Upah PERKESO 2.0 1

Program Subsidi Upah (Wage Subsidy)

  • Program ini adalah satu bentuk bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan ke atas setiap pekerja tempatan yang berpendapatan RM 4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja (atau tertakluk kepada tempoh yang akan diumumkan kemudian jika ada)
  • Jumlah subsidi adalah antara RM 600 hingga RM 1,200 bagi setiap pekerja bergantung kepada saiz perusahaan majikan.
  • Tujuan program ini adalah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan serta punca pendapatan.

Permohonan Subsidi Upah PERKESO 2.0 2

JENIS SYARIKAT YANG TERLIBAT

Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:

SYARIKAT DENGAN JUMLAH PEKERJA 1-75 

  • Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.

SYARIKAT DENGAN JUMLAH PEKERJA 76-100

  • Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

SYARIKAT DENGAN JUMLAH PEKERJA MELEBIHI 200 

  • Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan.
  • Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

MAJIKAN MESTILAH BERDAFTAR DI BAWAH SSM

  • Melalui penambahbaikan ini, syarikat- syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.
  • Bantuan ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO.
  • Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang- kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.
  • Langkah ini adalah penting kepada ia dapat memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja, yang hilang sumber pendapatan.
Read Also :  Temujanji PTPTN Online 2021: Urusan PTPTN Di Kaunter

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Program ini hanya untuk pekerja yang telah berdaftar dan mencarum di dengan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (EIS).
  • Majikan mestilah membuat akuan syarikat mengalaman penurunan pendapatan sebanyak 50% sejak Januari 2020.
  • Majikan hendaklah memastikan mereka tidak membuang pekerja, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji dan memotong gajisedia ada pekerja semasa menerima bantuan bagi tempoh 3 bulan tersebut dan 3 bulan berikutnya.
  • Pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah dan ianya terhad kepada100 orang sahaja bagi setiap majikan terbuka kepada semua sektor.

GOLONGAN YANG TIDAK LAYAK WAGE SUBSIDY

PERKESO telah memaklumkan bahawa program ini bukan untuk semua pekerja.

Berikut senarai mereka yang tidak layak menerima bantuan ini:

  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum denganSIP PERKESO;
  • Pekerja yang sama yang telah mendapat bantuan kewangan ERPpada bulan yang sama;
  • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), pekerja asing dan pegawai dagang;
  • Mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasukfreelancers; dan
  • Pekerja asing dan pegawai dagang.

PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI PERKESO 2.0

Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan.

Dokumen yang diperlukan adalah:

  • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan)
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan Penyata Bank sahaja)
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank seperti di 5 (ii) di atas (sila rujuk pihak bank)
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa Perkhidmatan Profesional, Saintifik atau Teknikal / Lesen Perniagaan
  • Akuan Pengisytiharan PSU50
  • Dokumen sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen berkaitan (bagi perusahaan bersaiz SEDERHANA dan BESAR sahaja)
Read Also :  Lawyers For Nursing Home Neglect

Permohonan boleh dilakukan bermula 9 April 2020 menerusi laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my

Permohonan hanya perlu dibuat sekali sehaja.

Bagi bulan-bulan seterusnya, majikan hanya perlu mengemaskini perubahan maklumat sekiranya berlaku apa-apa perubahan kepada status perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem.

KAEDAH PEMBAYARAN 

Bayaran subsidi akan dikreditkan kepada akaun majikan dalam tempoh 7-14 hari dari tarikh kelulusan.

Majikan perlu membayar gaji pekerja yang terlibat seperti biasa.

Jika pekerja tidak menerima gaji walaupun majikan menerima subsidi, maka pekerja boleh membuat aduan kepada pihak PERKESO.

Maklumat Lanjut Permohonan Subsidi Upah PERKESO 2.0

Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh:

Kesimpulan Permohonan Subsidi Upah PERKESO 2.0

Kami dari TheSumber berharap perkongsian ini dapat membantu meringankan beban majikan yang layak untuk membuat permohonan Program Subsidi Gaji ini. Kongsikan artikel ini untuk membantu mereka yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

The rising cost of seed deals in startups : a simple explanation.