Panduan Cara Mohon PTPTN Online

Panduan Cara Mohon PTPTN Online

Apakah itu pinjaman PTPTN

PTPTN adalah singkatan bagi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang ditubuhkan bagi tujuan untuk menawarkan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membayar sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian tersebut. Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja. PTPTN juga ada menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan.

Berikut adalah Pinjaman Pendidikan Yang Ditawarkan oleh PTPTN – Panduan Cara Mohon PTPTN Online – cara mohon PTPTN online

cara mohon ptptn online
cara mohon ptptn online

Permohonan Pinjaman PTPTN Boleh di buat Secara Online di pautan ini : PTPTN Online 

Syarat-syarat memohon pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  • Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  • Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
  • Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  • Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  • Telah membuka akaun SSPN Prime / SSPN Plus**.
  • * Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.
  • ** Hanya akaun Simpan SSPN Prime yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun Simpan SSPN Prime 15 digit.

 

Langkah Membuat Permohonan Online Pinjaman Pendidikan PTPTN

Read Also :  Permohonan eKasih 2021: Daftar & Semakan

Bagi pemohon yang belum mempunyai SSPN Prime / SSPN Plus . Pemohon boleh membuat pendaftaran SSPN Prime / SSPN Plus di pautan berikut :

  • Panduan mudah buka akaun SSPN / SSPN Prime secara online : SSPN Prime
  • Panduan mudah buka akaun SSPN Plus : SSPN Plus

 

Peringkat jumlah pinjaman ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:

PERINGKAT PINJAMAN Dan KELAYAKAN

  • Maksimum – Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
  • 75% daripada pinjaman maksimum – Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BKM)
  • 50% daripada pinjaman maksimum – Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BKM)

 

 

Pembelian Nombor PIN PTPTN – cara mohon PTPTN Online

Setelah mempunyai akaun SSPN-i, pemohon hendaklah membeli nombor PIN PTPTN di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan berharga RM5.00. Nombor PIN in sah digunakan selama 6 bulan sahaja bermula tarikh pembelian dan perlu disimpan untuk kegunaan bagi membuat permohonan Pinjaman secara online. Pemohon juga boleh membeli No PIN secara online di Laman web menerusi pautan di bawah:

Pembelian No PIN PTPTN Online

– Klik butang “Pendaftaran Permohonan Pinjaman”

– Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “DAFTAR”

– Klik butang “Bayar” bagi proses pembayaran

– Pilih perbankan internet daripada bank yang akan gunakan

– Masukkan alamat emel dan klik butang “Bayar dengan FPX”

– Resit urusniaga pembayaran akan ditunjukkan dan pemohon boleh terus mendaftar     permohonan PTPTN

 

Pendaftaran Permohonan

Bagi pengguna kali pertama, isikan No. Kad Pengenalan dan masukkan maklumat No.PIN PTPTN yang dibeli daripada BSN dan klik butang “Daftar”

  • Pembelian pin secara online boleh membuat pendaftaran di link ini : Online Pin
  • Pembelian pin di BSN boleh membuat pendaftaran di link ini : BSN Pin
Read Also :  Bantuan Rumah Zakat Kedah: Permohonan & Syarat Kelayakan

Bagi pengguna kali kedua, sila log masuk dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan di ruangan atas laman tersebut dan klik “Log Masuk”.

Isikan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan, Setelah permohonan berjaya dilakukan, pemohon perlu menunggu sehingga pihak PTPTN untuk meluluskan permohonan tersebut. Semakan status permohonan boleh dibuat di laman sesawang yang sama dengan login masuk ke akaun. Sebaik sahaja permohonan diluluskan, pemohon boleh memuat turun dokumen perjanjian dan melakukan urusan seterusnya di universiti nanti.

Panduan lengkap boleh rujuk di sini : Rujukan 

 

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai PTPTN online (pembiayaan pendidikan) sila rujuk manual pendaftaran dan FAQ yang disediakan PTPTN seperti pautan di bawah, atau hubungi terus butiran berikut:

Manual Pendaftaran Permohonan Pinjaman  Manual PTPTN 

Soalan Lazim Permohonan Pinjaman : salan lazim PTPTN 

Alamat: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03-21933000 Faks: 03-21931263

Diharapkan perkongsian berkaitan cara membuat permohonan pinjaman PTPTN online bagi pembiayaan pendidikan ini dapat membantu memudahkan para pelajar.

Pinjaman ptptn , No pinjaman ptptn, Semakan pinjaman ptptn, Semakan baki pinjaman ptptn