Permohonan Baru BPR 2021.
Anda ingin membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tapi tak tahu macam mana?
Thesumber hadir memberikan solusi!
Baca artikel kami hari ini Permohonan Baru BPR 2021 Online Bermula 15 Januari Hingga 15 Februari sebagai panduan untuk anda membuat permohonan BPR 2021 ini dengan mudah dan lancar.
Jom baca!
Isi Kandungan
Permohonan Baru BPR 2021 Online Bermula 15 Januari Hingga 15 Februari
JUMLAH BANTUAN YANG DIBERIKAN
Isi rumah berpendapatan <RM2,500:
- 1 orang anak RM1,200
- 2 orang anak atau lebih RM1,800
Isi rumah berpendapatan RM2,001 – RM4,000:
- 1 orang anak RM800
- 2 orang anak atau lebih RM1,200
Bujang berpendapatan <RM2,500
- 21 tahun ke atas RM350
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BPR
KATEGORI ISI RUMAH
PEMOHON
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Lelaki/Wanita yang bekerja di Malaysia menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5000 ke bawah
PASANGAN
- Warganegara Malaysia (MyKad/MyPR/MyKAS)
- Bukan warganegara Malaysia (selain daripada MyPR/MyKAS)
ANAK
- Berstatus ‘anak kandung’ atau ‘anak angkat’ yang berdaftar dengan BPN sahaja.
- Warganegara Malaysia (MyKid/MyKad)
- Tidak bekerja atau tiada pendapatan bagi yang berumur:
- 17 tahun ke bawah;
- 18 tahun ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa
KATEGORI BUJANG
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar RM2,500 sebulan bagi yang berumur 21 tahun – 59 tahun
- Golongan OKU 18 tahun – 59 tahun
PERMOHONAN BARU BPR 2021 ONLINE
Sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat kelayakan di atas, anda boleh terus membuat permohonan seperti di bawah:
- Permohonan telah pun dibuka pada 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021
- Anda boleh mula membuat permohonan dengan melayari laman web rasmi untuk mendapatkan BORANG PERMOHONAN BPR 2021
Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Prihatin Rakyat
Adakah perlu membuat permohonan baharu?
Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah : Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Apa yang perlu saya lakukan untuk mendaftar BPR?
Pemohon perlu membuat PENDAFTARAN Baharu adalah : Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Apakah nama portal untuk daftar BPR?
https://bpr.hasil.gov.my/
Maklumat Lanjut Permohonan Baru BPR 2021
Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi dan layari semua talian di bawah:
- Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566
- E-mel: [email protected]
Kongsikan artikel ini untuk kita sama-sama memudahkan urusan mereka yang layak dan memerlukan bantuan ini.
Pastikan anda sentiasa mengamalkan SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara.
TERIMA KASIH