Semakan Semula Keputusan SPM 2020 Secara Manual & Online

Semakan Semula Keputusan SPM 2020 Secara Manual & Online

Semakan Semula Keputusan SPM 2020.

Tahniah diucapkan buat adik-adik yang mengambil keputusan SPM anda pada hari ini. Semoga terus cemerlang dalam perjalanan pendidikan anda selepas ini.

Bagi yang tidak berpuas hati dengan keputusan SPM mereka, jangan risau, anda boleh membuat semakan semula keputusan SPM tersebut mengikut matapelajaran yang dipilih.

Bagaimana?

Nak daftar secara online atau manual?

Teruskan bersama Thesumber hari ini dengan artikel kami Semakan Semula Keputusan SPM 2020 Secara Manual & Online sebagai panduan mereka yang berminat.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca!

Isi Kandungan

Semakan Semula Keputusan SPM 2020 Secara Manual & Online

Ibu bapa yang merasa kurang berpuas hati tentang gred yang diterima untuk matapelajaran tertentu dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, anda boleh membuat permohonan untuk semak semula secara keseluruhan matapelajaran yang dipilih sekiranya berlaku sebarang kesalahan penandaan kertas dan sebagainya.

Rujuk 2 cara di bawah sebagai panduan anda.

2 CARA SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM 2020

semak semula keputusan spm

SEMAKAN SECARA MANUAL

  1. Anda boleh membuat semakan semula secara manual dengan mengisi: Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020)
  2. Anda boleh dapatkan borang ini  disekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan.

Langkah-langkah mengisi borang semakan semula keputusan SPM:

Read Also :  Permohonan eKasih 2021: Daftar & Semakan

Isi semua maklumat di bawah dengan lengkap.

  • Nama Penuh
  • No Kad Pengenalan
  • Alamat Surat Menyurat
  • No. Telefon IuBapa Penjaga
  • No Angka Giliran
  • Tempat Mengambil Peperiksaan Nombor Pusat Peperiksaan & Nama Pusat
  • Seterusnya masukkan maklumat mata pelajaran yang ingin disemak.
  • Lengkapkan maklumat mengenai pembayaran dan pengesahan.
  • Kepilkan juga semua maklumat lain yang diperlukan seperti salianan keputusan SPM.

NOTA:

Borang Permohonan yang telah lengkap diisi oleh pelajar ataupun ibubapa, ia perlu disertakan dengan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

SEMAKAN SECARA ONLINE

Selain dari menyemak semula result SPM anda dengan mengisi borang manual, anda juga boleh melakukan proses ini secara online.

  1. Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI eLEMBAGA PEPERIKSAAN
  2. Kemudian klik pada ‘Perkhidmatan’ di bahagian kiri skrin anda.
  3. Klik pada ikon ‘Semak Semula’
  4. Klik ‘SPM’ kemudian isi ‘Butiran Peribadi Calon’ dengan lengkap.
  5. Buat pilihan subjek yang ingin dibuat semakan semula.
  6. Ikuti proses seterusnya sehingga lengkap dan hantar permohonan anda.

CARA BAYARAN MENGIKUT KAEDAH SEMAKAN

Kadar bayaran yang akan dikenakan untuk pemprosesan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap satu mata pelajaran.

PERMOHONAN SEMAKAN MELALUI POS

  • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
  • Cek persendirian tidak diterima sama sekali.

PERMOHONAN SEMAKAN MELALUI KAUNTER LEMBAGA PEPERIKSAAN

  • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
  • Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
  • Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.
Read Also :  Permohonan & Semakan Online Program Usahawan Anak Muda Kota 2020

PERMOHONAN SEMAKAN ONLINE

  • Pembayaran perlu dilakukan secara online banking (harga tertakluk kepada caj penghantaran keputusan semakan semula kepada pemohon)

Keputusan permohonan semakan semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.

Keputusan yang diberikan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Maklumat Lanjut Semakan Semula Keputusan SPM

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak yang berkenaan di saluran berikut:

  • Unit Menengah Atas: 03-8884 3175/3357/3356
  • Unit Khidmat Bantu: 03-8884 3785
  • Emel: e-mel [email protected]

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

The covid 19 pandemic has accelerated the digital transformation journey for businesses worldwide.