Buat Temujanji LHDN Online: Permohonan Rayuan BPR 2021

Buat Temujanji LHDN Online: Permohonan Rayuan BPR 2021

Buat Temujanji LHDN Online.

Perhatian kepada mereka yang mempunyai masalah untuk membuat permohonan rayuan BPR 2021 secara atas talian/online, anda boleh buat temujanji kaunter LHDN untuk semakan secara manual oleh pegawai yang bertugas.

Bagaimana?

Janji risau, semua informasi yang anda cari kami sediakan di dalam artikel kami hari ini Buat Temujanji LHDN Online: Permohonan Rayuan BPR 2021 Di Kaunter sebagai rujukan mudah untuk anda.

Jom baca!

Isi Kandungan

Buat Temujanji LHDN Online: Permohonan Rayuan BPR 2021 Di Kaunter

MAKLUMAN

Keutamaan akan diberikan kepada permohonan rayuan BPR 2021 yang berada di dalam situasi dimana mereka memerlukan semakan lanjut oleh pegawai LHDNM.

SYARAT BUAT TEMUJANJI LHDN ONLINE

  • Permohonan janji temu adalah tidak dibenarkan bagi tarikh cuti umum dan tarikh yang sama dengan tarikh permohonan.
  • Hanya satu tarikh sahaja di benarkan bagi setiap No MyKad Pemohon
  • Kemaskini hanya dibenarkan selewatnya tiga hari sebelum tarikh janji temu.
  • Slot masa akan dipaparkan berdasarkan kekosongan masa janji temu. Satu slot masa diperuntukkan hanya untuk tiga (3) orang pemohon.
  • Captcha mestilah disi sebelum menghantar permohonan
  • Pembatalan & Tukar Tarikh Janji Temu Di Kaunter BPR
  • Anda boleh membuat penukaran tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh yang telah dipilih.
Read Also :  PUSPAKOM Pemeriksaan Kenderaan Percuma Sehingga 12 Mei

SENARAI PERKHIDMATAN DI KAUNTER BPR

Untuk makluman anda, senarai perkhidmatan yang disediakan di kaunter BPR adalah seperti berikut:

  1. Semakan Status / Bayaran
  2. Permohonan
  3. Rayuan
  4. Lain – lain

JADUAL WAKTU OPERASI KAUNTER BPR (LHDNM)

Buat Temujanji LHDN Online

CARA BUAT TEMUJANJI LHDN ONLINE (BORANG RAYUAN BPR 2021)

Ikuti cara-cara dibawah untuk buat temujanji LHDN online:

  • Pemohon perlu pergi ke PORTAL RASMI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) dan klik pada menu ‘e-Janji Temu’
  • Isikan butiran janjitemu yang diminta dengan lengkap kemudian klik ‘Hantar’
  • Anda perlu memastikan bahawa anda telah mencetak / memuat naik / screenshot ‘SURAT PENGESAHAN TEMPAHAN JANJITEMU’ di Portal Rasmi BPR ATAU pada e-mel anda yang telah didaftarkan untuk kemukakan semasa hadir ke Cawangan LHDNM yang dipilih sebagai bukti janji temu.

BORANG PERMOHONAN RAYUAN BPR 2021

Terdapat 2 kaedah untuk anda mengisi borang rayuan BPR 2021 iaitu:

BORANG RAYUAN BPR 2021 ONLINE

  1. Pemohon perlu layari: LAMAN WEB RASMI BPR
  2. Log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan anda kemudian klik ‘Semak’
  3. Masukkan kata laluan dan klik butang ‘Log Masuk.’
  4. Buat proses permohonan dengan mengisi butiran yang diminta dan naik dokumen sokongan (rujuk senarai kod alasan tidak lulus dibawah) yang diperlukan seperti di dalam senarai di atas mengikut kod alasan.

BORANG RAYUAN BPR 2021 MANUAL

  1. Anda juga boleh membuat penhantaran manual borang permohonan rayuan BPR di Cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.

NOTA:

Anda perlu menghantar dokumen sokongan semasa membuat permohonan rayuan BPR. Dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada kod tidak lulus Permohonan BPR 2021.

Buat Temujanji LHDN Online: Permohonan Rayuan BPR 2021

Maklumat Lanjut Buat Temujanji LHDN Online

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di saluran berikut:

  1. Hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM): 1-800-88-2747
  2. Hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia: 03-8882 4565/03-8882 4566
  3. Hasil Care Line (HCL): 03- 89111000
Read Also :  Daftar i-Akaun KWSP Online Dengan Mudah

TERIMA KASIH

Introduction artificial intelligence (ai) has become a buzzword in recent years, [.