Cara Mudah Daftar & Login MyBSN Online Terkini?
Perkembangan teknologi masa kini dapat memudahkan banyak urusan antaranya adalah perbankan internet. Bank Simpanan Nasional (BSN) juga telah menyediakan perbankan internet.
Macam mana nak daftar?
Nak tahu?
Mari baca artikel kami Cara Mudah Daftar & Login MyBSN Online Terkini sebagai panduan untuk memudahkan pendaftaran perbankan internet MyBSN anda!
Isi Kandungan
Perbankan Atas Talian MyBSN
Perkembangan teknologi dan maklumat kini telah menembusi pelbagai sektor termasuk dunia perbankan yang agak dinamik dan menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran.
Satu kejayaan yang telah dilaksanakan secara meluas oleh bank adalah penggunaan internet banking untuk menyokong perkhidmatan kewangan jarak jauh. Dengan menggunakan internet banking, Anda boleh melakukan pelbagai jenis transaksi perbankan melalui telefon bimbit atau komputer riba yang disambungkan ke internet.
BSN telah memperkenalkan MyBSN sebagai aplikasi perbankan atas talian yang menawarkan pelbagi perkhidmatan kepada pengguna. Antaranya ialah perkhidmatan pertanyaan baki, tambah nilai pra bayar, pembayaran bil, pindahan GIRO Antara Bank (IBG), Insurans Motor dan Auto Kredit.
Dengan kemudahan ini, pengguna MyBSN boleh menyelesaikan pelbagai urusan di mana sahaja tanpa perlu hadir ke cawangan BSN. Pengguna boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet
Hampir segalanya daripada Pertanyaan Baki hingga Pemindahan Dana, Pembayaran Bil, Pembayaran Kad Kredit, Pembelian SSP, Pembelian Pin dan banyak lagi.
Mudah bukan?
Cara Mudah Daftar & Login MyBSN Online Terkini
Berikut kami kongsikan pada anda cara daftar dan login perbankan internet BSN ini:
SYARAT-SYARAT PENGGUNA MyBSN ONLINE
Kepada pengguna BSN yang ingin menggunakan aplikasi MyBSN, perlu menyediakan perkara-perkara dan memenuhi syarat berikut:
- Anda sudah semestinya mempunyai Akaun BSN
- Anda juga perlu mempunyai Kad ATM
- Nombor i-PIN yang perlu didaftar di mesin ATM
- Nombor telefon yang perlu didaftar di mesin ATM
- Berumur 18 Tahun ke atas
KELEBIHAN MyBSN ONLINE
- Pengguna boleh menyemak baki, membayar bil, pindahan wang dan banyak lagi mengikut keselesaan sendiri
- Mudah. Tidak perlu lagi beratur di bank
- Transaksi dalam talian yang selamat
CARA DAFTAR PENGGUNA BARU BSN ONLINE
Kepada pengguna kali pertama, pendaftaran hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
LANGKAH 1:
Layari laman web seperti yang disediakan Laman Rasmi MyBSN dan paparan seperti di bawah akan ditunjukkan. pada anda. Kemudian anda hanya perlu tekan butang ‘Daftar’
LANGKAH 2:
Pengguna perlu membaca paparan ‘Term & Condition’ dengan teliti, selesai memahami ‘Term & Condition’ yang diberikan untuk menerima sila tekan butang ‘Accept’. Kemudian klik pula ‘Next’
LANGKAH 3:
Seterusnya, pengguna perlu melengkapkan maklumat yang dikehendaki dengan mengisinya di ruang yang disediakan seperti nombor kad kredit/debit dan nombor kad pengenalan atau yang berkaitan.
Jika Anda warganegara Malaysia sila isikan New Ic Number. Bagi yang guna passport (tidak mempunyai IC), pilih Millitary IC/Passport number.
Pastikan anda mengisi dengan teliti.
LANGKAH 4:
Kemudian masukkan nama pengguna, kata laluan (mesti lebih dari 8 angka) DAN mohon OTP.
LANGKAH 5:
Masukkan nombor OTP kemudian pilih imej online pengguna.
LANGKAH 6:
Selepas berjaya mendaftar, pengguna boleh log masuk ke MyBSN dengan menekan butang Log Masuk pada halaman utama MyBSN seperti di atas.
Pengguna akan dibawa ke aplikasi MyBSN dan log masuk bagi menikmati perkhidmatan yang disediakan MyBSN.
Siap dah! Mudah bukan?
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai MyBSN, sila rujuk dan hubungi butiran yang disediakan berikut:
- Telefon : 1300 88 1900 atau +603 2613 1900 (Luar Negara)
- Faks : 03 – 2613 1888 (Umum) 03-2688 0888 (Kad Kredit)
- Emel : [email protected]
- Laman Web Rasmi MyBSN
- Soalan Lazim Laman MyBSN
Kesimpulan
Semoga artikel memberi banyak manfaatnya kepada anda terutama mereka yang mempunyai akaun BSN untuk membuat apa-apa transaksi secara online dengan MyBSN.
TERIMA KASIH