3 Cara Dapatkan Statement Bank Islam.
Dunia yang serba canggih memberikan pengguna alternatif yang terkini dan lebih mudah untuk berurusan dengan bank, pembelian barang, proses pembiayaan rumah dan kereta dan banyak lagi.
Untuk itu, dokumen penting seperti penyata bank perlu disertakan sebagai dokumen sokongan.
Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan Bank Islam, anda perlu mendapatkan penyata melalui Bank Islam.
Bagaimana?
Jom baca entri kami hari ini 3 Cara Dapatkan Statement Bank Islam Dengan Mudah sebagai rujukan.
Isi Kandungan
3 Cara Dapatkan Statement Bank Islam Dengan Mudah
Apa yang dimaksudkan dengan penyata bank atau lebih mesra dikenali ‘bank statement’ ni?
Penyata bank adalah dokumen dimana transaksi keluar masuk duit anda direkodkan. Penyata bank penting untuk pihak pembiaya terutamanya bagi menilai prestasi kewangan anda.
Bagi mereka yang menggunakan Bank Islam, macam mana nak dapatkan penyata Bank Islam ni?
Senang je, jom rujuk 3 cara di bawah:
CARA DAPATKAN STATEMENT BANK ISLAM ONLINE (DOWNLOAD & PRINT)
Untuk mengakses portal online Bank Islam, anda perlu mendaftar terlebih dahulu ya.
- Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun di portal online Bank Islam, Log Masuk terlebih dahulu. Masukkan ‘User ID’ dan ‘Password’ anda.
- Pada bahagian menu pilih My Account > E-Statement > Download
- Pilih akaun yang ingin anda paparkan. Anda akan diminta untuk masukkan kod akses. Kod ini akan dihantar ke nombor telefon anda.
- Selepas masukkan kod akses, anda boleh semak dan sahkan permohonan.
Selesai!
NOTA:
Bagi mereka yang baru pertama kali menggunakan kaedah penyata online ini, permohonan penyata akan mengambil masa selama 1 bulan. Selepas sebulan, anda akan dapat penyata elektronik secara bulanan.
CARA DAPATKAN STATEMENT BANK ISLAM DI KAUNTER BANK ISLAM
- Anda boleh hadir di mana-mana cawangan Bank Islam dan bersama Kad Pengenalan untuk tujuan pengesahan cap jari.
- Maklumkan pada pegawai bank yang bertugas tujuan anda mendapatkan statement bank.
- Anda akan diberikan borang permohonan penyata bank, isi semua butiran-butiran yang diminta dengan lengkap.
- Tunggu giliran anda dipanggil, serahkan borang dan juga IC.
- Anda akan menerima bank statement melalui alamat e-mel yang diisi di dalam borang dalam tempoh 5 hari bekerja.
CARA DAPATKAN STATEMENT BANK ISLAM MELALUI ATM
Tak dapat keluarkan secara online anda juga boleh mendapatkan statement Bank Islam melalui ATM Bank Islam.
Bagaimana? c
Jom ikut langkah-langkah di bawah:
- Hadir di mana-mana cawangan Bank Islam yang berdekatan dengan anda. Jangan lupa bawa sekali kad bank ya.
- Masukkan kad ATM Bank Islam Anda.
- Masukkan PIN ATM Anda.
- Pilih Bank Islam
- Pilih Khidmat Penyata
- Pilih Penyata Mini
- Pilih Cetak
- Sila ambil resit yang keluar untuk melihat mini statement Bank Islam
NOTA:
Penyata daripada ATM dipanggil ‘Mini Penyata’. Untuk mendapatkan penyata yang mempunyai butir-butir yang lebih lengkap sila gunakan dua cara di atas. cara dapatkan statement bank islam ,