Cara Renew Lesen Online Melalui MyEG (Kenderaan Motor & CDL)

Cara Renew Lesen Online Melalui MyEG (Kenderaan Motor & CDL)

Cara Renew Lesen Online.

Renew lesen tanpa perlu pergi JPJ? Biar betul?

Anda berminat?

Artikel Cara Renew Lesen Online Melalui MyEG (Kenderaan Motor & CDL) di Thesumber hari ini kami sediakan khas buat anda untuk memudahkan urusan anda untuk renew lesen. Jimat masa dan tenaga.

Jom baca!

Cara Renew Lesen Online Melalui MyEG (Kenderaan Motor & CDL)

Untuk makluman anda, sistem baru ini akan mula beroperasi pada 9 Oktober 2020. Manakala bagi pembaharuan lesen memandu kompeten (CDL) boleh diperbaharui online mulai 16 Oktober 2020.

Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan di MyEG adalah:

  • Memperbaharui insurans & permit pekerja asing
  • Gantian MYKAD online
  • Semak status bankrup
  • Semak CCTOS, dan lain-lain

Cara Renew Lesen Online

CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE (KENDERAAN MOTOR & CDL)

Berikut adalah cara-cara untuk renew lesen memandu anda dengan MyEG:

  1. Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/ dan sekiranya anda belum ada akaun MyEG anda dikehendaki untuk mendaftar dahulu.
  2. Selepas itu anda perlu login dan boleh memilih kawasan JPJ yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
  3. Kemudian klik pada ‘Driving License Renewal’, iaitu memperbaharui lesen memandu anda.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan dan pilih cara pembayaran anda. Sebelum membuat pembayaran, sila pastikan bahawa semua maklumat yang diisi adalah tepat.
  5. Selepas pembayaran selesai, anda dikehendaki untuk mengumpul atau mencetak resit anda dan simpan (sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada JPJ -sekiranya ada sebarang masalah)
  6. MyEG akan menghantar lesen pemandu baru kepada anda berdasarkan alamat yang anda isi.
  7. Hantaran ke Lembah Klang akan perlu membayar RM5 untuk kos penghantaran. Untuk Semenanjung Malaysia, kos penghantaran adalah RM6 dan RM10 untuk Sabah & Sarawak.
BACA JUGA :  Tips Mudah Guru Menggunakan Google Classroom

NOTA:

Lesen P tidak boleh diperbaharui dalam talian. Pemegang lesen P perlu pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran untuk memperbaharui lesen mereka.

Kesimpulan Cara Renew Lesen Online

Sebarang maklumat lanjut anda perlu melayari laman web rasmi MyEG dimana semua kemaskini informasi terbaru akan dimuat naik di MyEG.

Alternatif yang disediakan ini sudah semestinya memudahkan urusan anda untuk memperbaharui lesen memandu anda di hujung jari sahaja. Jimat masa dan tak perlu beratur di JPJ lagi.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH

KINGDOM ADVERTISING